Saya sudah banyak mendengar pelbagai cerita tentang USM ini. Namun saya hanya mengambil pendekatan mahu ambil tahu dan mengikuti perkembangan universiti. Tetapi kali ini saya tidak boleh lagi memejam mata dengan isu ini. Semua dari kita harus mengambil peranan bagi membantu membendung masalah yang merantai USM.
Terbaru ialah pendedahan laman web Malaysiakini.com berkenaan Laman web USM digodam. Diberitakan laman web tersebut mengandungi maklumat mengenai universiti tersebut dan pengajian yang ditawarkan, mempunyai halaman yang mengibarkan bendera Indonesia, gambar presiden pertama Indonesia, Sukarno dan kata-kata yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
1. Laman web USM digodam
Penggodam laman web USM menggunakan nama ‘Ndowed’ mengkritik Perdana Menteri berhubung cara kerajaan mengendalikan kes-kes pendatang tanpa izin (PATI) Indonesia. Tulisan dalam Bahasa Indonesia bertajuk “Gerakan Ganyang Malaysia’ dan kata-kata kepada Abdullah “bersikap seperti anak-anak yang merampas milik orang lain”.
Persoalan
Mari kita kupas isu ini secara lebih telus dan terperinci. Ada sesuatu yang tidak kena dan mendatangkan tanda tanya kepada kita semua. Diberitakan laman web USM telah digodam pada 14 dan 15 Februari lalu dan telah dibuang dari laman USM pada 7 Mac 2005. Ini bermakna 22 hari laman web tersebut terus dibiarkan untuk menghentam kerajaan dan Pak Lah. Sengaja dibiarkan untuk memalukan Perdana Menteri Malaysia. Baru semalam artikel dan lamanweb USM itu dipadamkan. Mengapa begitu mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan ?
Pakar IT yang dihubungi oleh Malaysiakini berkata terdapat kemungkinan perbuatan menukar kandungan laman web itu dilakukan oleh orang dalam USM. Saya bersetuju dengan pendapat ini bahawa terdapat orang dalam USM yang melakukan kerja-kerja ini. Hanya orang dalam sahaja yang berupaya melakukan semua ini.
Mengapa begitu lemah penyeliaan, pemantauan dan kerja-kerja pengemaskinian laman web ini dilakukan? Mengapa tidak diselesaikan sahaja kes ini selepas sahaja masalah dikenal pasti? Apakah helah pihak yang mengendalikan laman ini sehingga artikel yang ditulis perlu dibiarkan selama 22 hari?
Apakah semua ini diarahkan oleh Naib Canselor, Dato’ Dzulkifli Abd. Razak untuk mendapat publisiti murah menarik perhatian dari kerajaan kerana kontrak Dato’ Dzulkifli sebagai Naib Cancelor akan tamat pada bulan Ogos 2005?
Sebenarnya semua ini berpunca dari kelemahan Naib Canselor USM mengendalikan dan mengurus USM. Isu seperti ini sepatutnya berjaya diselesaikan dengan mudah. Tetapi oleh kerana ketidakupayaan Naib Canselor mentadbir maka isu laman web USM digodam terus berlarutan.
Penjelasan
Mengapa saya mengatakan semua ini berpunca dari kelemahan, ketidakcekapan dan kelalaian Naib Canselor. Mengapa juga saya berani memberi jaminan bahawa laman web ini digodam oleh orang dalam. Penjelasan saya ialah;
i. Profesor Ahmad Yusoff Hassan, Ketua Pegawai Maklumat Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi merupakan ahli PAS dan sahabat baik kepada Dato’ Dzulkifli Abd Razak.
ii. Di bawah Profesor Ahmad Yusoff Hassan, bekas-bekas mahasiswa pro pembangkang bergraduat memegang jawatan di kampus. Antara pelajar itu ialah;
a) Kamarulzaman Abdullah-Dilantik sebagai Pegawai Sistem Maklumat merupakan bekas Presiden PMIUSM sesi 1999/2000 dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS). Pernah menjadi dalang dalam demontrasi membela Anwar Ibrahim, menyokong PAS dan mendesak bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir meletak jawatan dari kerajaan.
b) Izwandy Idris-Dilantik sebagai Pegawai Sistem Maklumat merupakan bekas Presiden MPP USM sesi 2000/2001. Mahasiswa ini merupakan pemimpin yang paling lantang mengkritik kerajaan dan menyokong kuat PAS.
c) Mohd Shahanaz Asree-Dilantik sebagai Pegawai Sistem Maklumat merupakan bekas MPPUSM sesi 1999/2000.
d) Kamal Murtuza Syeikh-Dilantik sebagai pembantu Penyelidik Sistem Maklumat merupakan bekas Presiden MPP USM sesi 2002/2003 (propembangkang).
Semua pegawai-pegawai yang disenaraikan di atas adalah penyokong totok parti pembangkang yang dilantik di tempat strategik, iaitu dalam bahagian sistem maklumat. Semasa mereka menjadi pemimpin pelajar sentimen kebencian dan pelbagai cara telah dilakukan untuk melemahkan kerajaan, apatah lagi telah diberi lesen sebagai pegawai sistem maklumat di universiti, maka sudah pasti akan digunakan sepenuhnya.
2. Naib Canselor USM Pro Pembangkang
Dato’ Dzulkifli Abd. Razak, Naib Canselor, USM adalah pro pembangkang. Mengapa? Beliau secara terang-terangan meletakkan pegawai atau kakitangan pro pembangkang di USM. Malahan semua kegiatan mahasiswa pro pembangkang di USM disokong beliau.
Bukti-bukti adalah seperti berikut:
i. Isu Berita Kampus
Berita Kampus merupakan akhbar rasmi mahasiswa di USM. Dikendalikan oleh Pusat Pengajian Komunikasi. Dekan Pusat Pengajian Komunikasi ialah Dr. Mohamed Zin Nordin merupakan simpatisme Parti Keadilan Rakyat Malaysia. Berita kampus dijadikan senjata utama untuk mengkritik kerajaan.
Sidang Pengarang Berita Kampus dikuasai oleh mahasiswa Persatuan Bahasa Tionghua (PBT),seperti Soh Sook Hwa adalah cabang kepada pertubuhan haram DEMA dan Solidariti Mahasisa Malaysia (SMM). PBT mendapat tajaan dari pembangkang terutamanya DAP.
Bekas Ketua Pengarang Berita Kampus iaitu Ali Bukhari Amir (Ibnu Amir Al Pendangi) (bekas mahasiswa Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan) yang gagal dan dibuang universiti namun diterima di Pusat Pengajian Komunikasi melalui sistem yang tidak telus dan adil..
ii. Isu Soh Sook Hwa
Isu yang mencetuskan kontroversi di USM. Soh Sook Hwa (Pemimpin mahasiswa PBT) secara jelas terlibat dengan Tian Chua(bekas Naib Presiden Parti Keadilan) dalam pilihan raya umum ke-11. PBT telah mendapat sokongan DAP mengadakan demontrasi membela Soh Sook Hwa di pintu masuk USM dan mendapatkan tandatangan dari pemimpin pembangkang di lobi Parlimen.
Keputusan kes Soh Sook Hwa merupakan kes paling malang kerana hukuman tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan olehnya yang sepatutnya mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti [seperti AUKU perkara 3 (a) 10 (1dan 2) bahagian II, Seksyen 11, 15 (b) 1 dan (2), seksyen 15A(1) dan (2)] dibuang atau digantung dari universiti tetapi hanya dihukum RM 200.00. Paling malang denda RM 200 ini dibiayai pula oleh para pensyarah USM Fakulti Pengajian Komunikasi yang begitu bersimpati dengan 'perjuangan' pelajar alat parti pembangkang itu.
Lebih mendukacitakan denda RM 200.00 terhadap Soh Sook adalah datang dari arahan Dato’ Dzulkifli Abd. Razak, Naib Canselor USM. Sedangkan dalam kes yang sama berlaku di UIAM, Amin Idris, mahasiswa undang-undang ( terlibat dengan gerakan pembangkang) di digantung satu semester.
iii. Isu Ali Bukhari Amir
Kes Ali Bukhari Amir turut meletakkan USM dalam peta tumpuan isu-isu kampus. Ali Bukhari secara jelas melanggar beberapa peraturan universiti di bawah AUKU 1975. Antara kesalahan yang dilakukan olehnya;
Perlanggaran menerbit, menyebar, menyiarkan apa-apa risalah seperti dalam Berita Kampus (BK), Harakah (laman harakahdaily.net), Laman web Marhaen, Laman web Idealis Mahasisa, membuat laman web sendiri (
Ibnuamir (ibnuamir.multiply.com) dan
www.ibnuamir77.fotopages.com) dan Suara PRM tanpa kebenaran Naib Canselor USM.
AUKU-Perakara 10 (1&2)-bahagian II, tatatertib AM “ Tiada seseorang pelajar dan tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh menerbitkan, membahagi-bahagikan atau mengedar apa-apa dokumen di dalam atau di luar kampus. Dengan syarat bahawa Naib Canselor atau seseorang yang diberi kuasa olehnya secara bertulis boleh membenarkan sesuatu dokumen itu diterbitkan, dibahagi-bahagikan atau diedar untuk apa-apa maksud dan tertakluk kepada apa-apa sekatan, had atau syarat yang difikirkan oleh Naib Canselor atau orang yang diberikan kuasa olehnya sebagaimana tersebut di atas perlu atau sesuai dikenakan pada memberi kebenaran itu.”
Selain itu Seksyen 10 yang melarang menerbit atau mengedar kecuali dibenarkan oleh Naib Cancelor.
Penglibatan dengan pertubuhan haram dengan menubuhkan pertubuhan haram seperti Gerakan Pelajar Raya Persekutuan (GARAP), Sekretariat Kewartawanan Muslim (SEPKOM) dan pro pembangkang (PAS dan Keadilan).
Seksyen ini sangat jelas dalam AUKU Sekyen 11 dan seksyen 15 (b) 1 dan (2) yang melarang penglibatan mahasiswa dengan mana-mana pertubuhan tanpa kebenaran Naib Cancelor . Selain AUKU perkara 3 (a) Bahagian II, Tatatertib am (Mencemar nama universiti).
Mengutip wang dari orang ramai melalui akaun Bank Islam bernombor 2-011-02-029707-5.
Kesalahan ini sangat jelas melalui seksyen 15A (1) dan (2) larangan memungut wang atau menganjurkan dengan apa cara untuk memungut wang.
Amat jelas-‘terang lagi bersuluh’ Ali Bukhari Amir melakukan kesalahan yang sangat bertentangan dengan AUKU. Apakah hukuman terhadap Ali Bukhari? Naib Canselor telah memanggil TNC HEP dan pegawai-pegawai kanan HEP mengarahkan kes Ali Bukhari Amir dan dua orang MPP yang terlibat dengan demontrasi haram di kampus USM ditutup. Alasannya ,universiti takut dengan desak badan hak asasi antarabangsa.Semua ini dilakukan oleh Naib Canselor USM semata-mata mahu mengelak dari publisiti yang boleh menjejaskan nama baik USM dan boleh menjejaskan hasratnya untuk terus kekal sebagai VC.
Mengapa Ali Bukhari Amir tidak dikenakan tindakan AUKU, sedangkan Rizal Mat Anan bekas MPP UUM digantung satu semester hanya kerana membina laman web sintok.com.
iv. Ustaz Elias Elias Zakaria
Seorang lagi sahabat Dato’ Dzulkifli ialah Ustaz Elias Zakaria yang dilantik sebagai Pengarah Pusat Islam USM. Ustaz Elias adalah ahli PAS. Beliau merupakan ahli yang bertanggungjawab melatih dan membentuk latihan perkaderan PMIUSM untuk menyokong PAS.
Sokongannya kepada perjuangan PAS begitu mendalam sehingga berjaya melatih kedua orang anaknya menjawat jawatan dalam MPP iaitu Mohd Ramadan Fitri Elias (Presiden PMIUM dan Presiden MPP UM) dan Nurul Najah Elias Exco PMIUSM dan Exco MPP USM sesi 2004/2005. Kedua-dua orang anak Ustaz Elias menyokong parti PAS. Mengapa Ustaz Elias tidak menghalang dan membiarkan kedua-dua anaknya berterusan menentang kerajaan.
Apakah strategi Naib Canselor secara tiba-tiba menarik jawatan (sebagai Pengarah Pusat Islam) dengan memberi cuti kepada Ustaz Elias? Semua ini satu usaha untuk mengelirukan orang luar bahawa kepimpinan pegawai di USM tidak ada lagi pembangkang. Dato’ Dzulkifli hanya mahu mengurangkan ketegangan ini. Saya yakin selepas sahaja Ustaz Elias habis bercuti dan jawatan VC dikekal kepada Dato’ Dzulkifli maka sahabat baiknya itu akan diambil semula.
Maka adalah jelas Dato’ Dzulkifli Zakaria telah bersekongkol dengan pembangkang untuk mempertahankan kedudukannya di USM.
3. Melobi jawatan Naib Cancelor
Usaha melobi jawatan Naib Cancelor terus dilakukan oleh Dato’ Dzulkifli. Antara usaha lobi yang dibuat ialah Pameran kepimpinan Pak Lah dan membantah persidangan tembakau yang sengaja dibuat diwar-warkan (secara besar-besaran) dalam media massa.
4. Resolusi dan kesimpulan
i. Kalau mau melihat USM dalam kacau- bilau dan kelam kabut maka kontrak Dato’ Dzulkifli Naib Cancelor USM perlu disambung
ii. Kalau mahu membendung semua elemen-elemen yang tidak sihat daripada terus menular di kampus USM maka tamatkan kontrak Dato’ Dzulkifli Abd Razak sebagai Naib Canselor.
iii. Berdasarkan hujah-hujah yang diberikan seperti di atas sudah cukup membuktikan betapa Dato’ Dzulkifli adalah pemimpin/Naib Cancelor yang gagal, cuai, tidak peka, pentingkan diri sendiri, tidak ikhlas dan tidak bertanggungjawab. Isu pencerobohan (Godam) laman web USM telah mencerminkan wajah sebenar Naib Cancelor. Pengikutnya dalam Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi nampaknya turut 'mengganas' apabila lampu hijau telah diisyaratkan oleh Naib Canselor itu.
Sekian,
Marzuki Osman
Pulau Pinang
http://www.idealis-mahasiswa.net/edi...elayar549.html