|
9 Nov-USM Bawa Mak Yong 'Raja Besar Senyanya' -
11-07-2008, 07:31 PM
Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Istana Budaya, Kuala Lumpur buat julung-julung kalinya akan membawakan persembahan istimewa Mak Yong bertajuk ‘Raja Besar Senyanya’ yang akan diadakan secara eksklusif pada jam 8.30 malam, 8 dan 9 November 2008 di Dewan Budaya, USM, Pulau Pinang.
T.Y.T. Yang di-pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas dan Y.A.Bhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Majimor Shariff bersama-sama Pesuruhjaya Warisan, Pof. Emeritus Dato’ Siti Zuraina Abdul Majid akan turut hadir bagi menyaksikan persebahan khas yang akan diadakan pada hari Ahad, 9 November 2008, jam 8.30 malam juga di Dewan Budaya USM.
|