PPKT USM Kampus Kejuruteraan bakal mengadakan suatu bengkel yang dinamakan sebagai
See IT Feel IT Do IT.
Quote:
|
Bengkel ini terbuka kepada semua yang berusia 13 - 15 tahun. Antara matlamat bengkel ini adalah menyahut seruan kerajaan di dalam usaha melahirkan masyarakat yang celik IT serta memberi pendedahan tentang kemajuan dan kepentingan teknologi maklumat di dalam kehidupan seharian. Selain daripada itu bengkel ini diharapkan dapat merealisasikan agenda memasyarakatkan Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan khususnya dengan masyarakat sekitarnya melalui program-program berkaitan ICT.
|
Sehubungan itu warga USM yang mempunyai anak, saudara mara dan kenalan yang berusia lingkungan 13 - 15 tahun bolehlah mendaftarkan mereka untuk menyertai bengkel ini. Maklumat bengkel adalah seperti berikut :
Tarikh Bengkel : 18 November 2008
Masa : 8.00pagi - 5.30petang
Tempat : PPKT Kampus Kejuruteraan USM
Untuk pendaftaran silalah muaturun borang di alamat :
http://ppkt.eng.usm.my/seeitfeelitdoit
Pendaftaran mestilah lengkap dihantar sebelum
31 Oktober 2008