ARTICLE PORTAL FORUM GALLERY EVENTS
USM Community
  • Cara buat website

  • Go Back   USM Community > Unisciece Corner > Universiti Sains Malaysia

    Reply
     
    LinkBack Thread Tools Display Modes
    USM penanda aras universiti taraf dunia
    Old
      (#1 (permalink))
    Administrator
     
    uniscience's Avatar
     
    Offline
    Posts: 12
    Images: 7
    Join Date: Sep 2008
    USM penanda aras universiti taraf dunia - 09-14-2008, 08:01 AM

    TAHNIAH kepada Universiti Sains Malaysia (USM) kerana memperoleh status universiti Apex yang diumumkan kerajaan 4 September lalu. Sebagai bekas pelajar USM, saya turut bangga dengan pencapaian itu.

    Status universiti Apex adalah satu bentuk pengiktirafan yang diberikan kepada institusi pengajian tinggi tempatan untuk menjadi penanda aras pada peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi.

    Mewujudkan universiti Apex adalah satu cadangan yang terkandung dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya pada 27 Ogos tahun lalu.

    Kertas cadangan penubuhan universiti Apex dikemukakan kepada kerajaan ketika Datuk Mustapa Mohamed menjadi Menteri Pengajian Tinggi. Ia menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap usaha mempertingkat mutu pencapaian institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dilihat merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata universiti Apex akan menjadi penanda aras peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi dan langkah memperkenalkan status itu di negara ini dibuat Perdana Menteri sendiri ketika melancarkan PSPTN Ogos tahun lalu".

    Cadangan mewujudkan universiti Apex adalah satu idea proaktif dan progresif yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengangkat taraf pengajian tinggi negara ke mercu kegemilangan bertaraf dunia.


    Ada tujuh universiti tempatan yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan status itu. Jawatankuasa Pemilihan Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) menyenarai pendekkan hanya empat universiti penyelidikan yang akan dipilih menerima status universiti Apex iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

    Akhirnya, status itu diberikan kepada USM. Penilaian yang digunakan untuk memilih USM adalah berasaskan sudut kuantitatif dan kualitatif yang mengambil kira tiga kriteria iaitu tahap kesediaan, pelan transformasi dan kesediaan untuk berubah.

    Pengiktirafan ini sekali gus membuka satu lembaran baru dalam sejarah USM kerana ia diiktiraf sebagai universiti tempatan yang akan menjadi penanda aras pada peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi.

    Kini, USM mula memikul tanggungjawab dan peranan penting untuk menjadi antara sebuah universiti terbaik dan tersohor dunia dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

    Dalam tempoh itu, pengurusan tertinggi USM harus memastikan USM mampu mencapai sasaran untuk disenaraikan dalam ranking 100 universiti terbaik dan seterusnya mencapai ranking 50 terbaik menjelang 2020.

    Selari dengan kertas cadangannya bertema 'Perubahan Pengajian Tinggi Untuk Kestabilan Hari Esok', USM berhasrat melonjak usaha mentransformasikan pengajian tinggi bagi mewujudkan dunia yang sejahtera berteraskan pembangunan lestari.

    Kemampuan USM untuk menjadi pusat kepakaran serantau bagi pendidikan lestari amat bergantung kepada pembangunan kesarjanaan dan penyelidikan bertaraf dunia. Sejak 2005, USM sudah memiliki Pusat Latihan Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kita yakin USM berupaya muncul sederet dengan universiti terkemuka di dunia. Sebelum ini, USM beberapa kali mencipta nama pada peringkat antarabangsa.

    Misalnya, dalam International Invention, Industrial Design & Technology Exhibition (I-Tex 2003) USM menerima pelbagai pingat untuk 27 daripada 36 produk yang dipamerkan, iaitu tujuh pingat emas, lapan pingat perak dan 10 gangsa di samping satu hadiah khas dan hadiah gerai terbaik.

    USM juga pernah mencatat kejayaan saintisnya menerokai benua Antartika dari dua penjuru yakni, Australia dan Argentina. Ekspedisi itu dilakukan melalui usaha sama dengan Akademi Sains Malaysia bertujuan mengkaji sistem ekologi akuatik.

    Tradisi kecemerlangan USM wajar dibangunkan berlandaskan konsep 'think-out-of-the-box' supaya dapat melahirkan lebih banyak idea inovatif dan kreatif dalam penerokaan dan penyebaran ilmu serta persaingan untuk mencari 'niche area' serta menjadikan USM pusat perkembangan termaju dalam penyelidikan.

    Inilah harapan yang pernah diungkapkan Naib Canselor USM, Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak, ketika berucap pada Malam Anugerah Sanggar Sanjung pada 12 Februari 2005, di Hotel Equatorial, Pulau Pinang.

    Kita yakin USM tidak menghadapi masalah untuk memacu kecemerlangan kerana 75 peratus pensyarahnya memiliki kelayakan Doktor Falsafah (PhD). USM juga memiliki tradisi penyelidikan yang membanggakan. Dengan kekuatan yang ada, USM mampu menggembleng tenaga kepakarannya ke arah menjana kesarjanaan yang unggul, sekali gus mampu meningkatkan kredibilitinya sebagai sebuah universiti Apex.

    Namun, untuk mempertingkatkan prestasinya, USM wajar mengambil lebih ramai pensyarah dan pelajar luar negara yang benar-benar berkualiti. Ini penting supaya USM mampu melahirkan penyelidik bertaraf Nobel Laureate. USM juga perlu melipatgandakan kerjasama erat dengan pelbagai institusi luar melalui kerjasama penyelidikan dan penerokaan.

    Dengan status universiti Apex, USM bakal memiliki autonomi dari segi pengurusan, kepemimpinan tertinggi, kewangan, skim perkhidmatan, pengambilan pelajar dan penetapan yuran pengajian.

    Justeru, dalam konteks mengembalikan kecemerlangan kesarjanaan negara, pengurusan tertinggi USM perlu memiliki keazaman untuk menjadikan USM sebagai 'markas intelektual' tersohor pada peringkat dunia melalui penerokaan dan penyelidikan berkualiti, bukan saja dalam bidang sains dan teknologi, malah dalam bidang sains sosial dan kemasyarakatan.

    Penulis ialah Pegawai Perhubungan Awam di Jabatan hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan.

    Sumber: hmetro.com.my
       
    Reply With Quote
    Reply

    Tags
    ipta apex, universiti apex, usm apex

    Thread Tools
    Display Modes

    Posting Rules
    You may not post new threads
    You may not post replies
    You may not post attachments
    You may not edit your posts

    BB code is On
    Smilies are On
    [IMG] code is On
    HTML code is Off
    Trackbacks are On
    Pingbacks are On
    Refbacks are On
    Forum Jump



    Powered by vBulletin® Version 3.7.3
    Copyright ©2000 - 2012, Jelsoft Enterprises Ltd.
    vBulletin Skin developed by: vBStyles.com
    Web Developer: Hostipedia