ARTICLE PORTAL FORUM GALLERY EVENTS
USM Community
  • Cara buat website

  • Go Back   USM Community > Unisciece Corner > Universiti Sains Malaysia

    Reply
     
    LinkBack Thread Tools Display Modes
    USM berstatus APEX University: Tahniah dan Harapan
    Old
      (#1 (permalink))
    Senior Member
     
    asterisk's Avatar
     
    Offline
    Posts: 113
    Join Date: Sep 2008
    Location: Engineering Campus
    USM berstatus APEX University: Tahniah dan Harapan - 09-19-2008, 07:31 AM

    Sumber : tranungkite.net

    Sdr Pengarang; Terlebih dahulu kita mengucapkan tahniah kepada USM kerana dianugerahkan status APEX oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Sememangnya USM merupakan universiti yang layak untuk dianugerahkan dengan status tersebut. USM dianugerahkan status tersebut diatas sifatnya yang agak bebas dari pengaruh politik dan kecenderungannya untuk berubah menjadi lebih baik.

    Kita masih ingat ketika Dr Shafie Salleh menjadi Menteri Pengajian Tinggi, kemudian KPT telah mengadakan serangan besar-besaran kepada mahasiswa bukan proaspirasi, Tranungkite ada melaporkan bahawa Prof Dzulkifli ada mencadangkan kepada HEP supaya melantik saja ahli MPP.

    Tak perlu susah susah buat pilihanraya. Dan Prof Dzul juga adalah satu-satunya ahli akademik yang bebas politik yang masih menjadi Naib Canselor.

    Dan USM yang masih muda jika dibandingkan dengan UM, UKM atau UPM, sebenarnya penuh dengan ahli-ahli akademik dan peneledik yang sangat cemerlang. Kampus-kampus cawangan di Kubang Kerian dan Tronoh pada satu ketika dahulu banyak melahirkan ahli sains yang berjaya. Dan kita percaya USM mampu untuk menjadi universiti terbaik dunia menurut persaingan yang sihat pada satu hari nanti. USM mempunyai asset dan chemistry kearah itu.

    Anugerah Universiti APEX sebenarnya satu anugerah yang tinggi. Universiti diberikan peruntukan khusus beberapa billion, dibenarkan melantik kakitangan tanpa terikat perjawatan JPA, mempunyai kuasa autonomi untuk pengambilan pelajar, yuran dan lain-lain.

    Harapan kita supaya USM dapat menggunakan kesempatan ini untuk menjadi terbaik. Kita sangat berharap supaya universiti terbaik ini adalah satu yang berterusan (sustainable). Bukannya mengambil jalan singkat dengan mengimport tenaga-tenaga luar negera seperti pemain bole sepak semi-pro. Dengan belanjawan yang banyak serta perjawatan tidak terikat dengan JPA, sudah tentu universiti mempunyai autonomi untuk melantik tenaga luar. Dan nama universiti akan meningkan kerana nama-nama besar academia dan penyelidik berada di USM. Mungkin USM boleh menggaji Nobel Laureate sekalipun. Tetapi adakah ini akan menguntungkan negara secara umumnya. Dan adakah ini satu yang sustain. Ada universiti lain yang mengambil pakar bedah kanak-kanak dengan bayaran lebih RM100k sebulan tetapi kelihatannya tidak menguntungkan universiti tersebut tatapi hanya membazirkan wang negara.

    Satu perkara yang baik bagi USM melakukan dalam hal ini adalah dengan mewujudkan budaya academia di kalangan kakitangan, menghantar kakitangan akademik ke makmal-makmal yang telah melahiran Nobel Laureate sebagai post-doctorate researcher dan memanggil semula saintis Malaysia yang berada diluar negara dengan memberikan bayaran setimpal dengan gaji mereka sekarang. USM juga patut menjaga kakitangan akademiknya supaya tidak berhijrah ke institusi lain dengan memberikan insentif-insentif yang boleh mengekalkan mereka dengan USM. Banyak universiti baru yang kekurangan tenaga senior sudah tentu akan menawarkan kenaikan pangkat secara mudah untuk menarik kakitangan tersebut kerana perjawatan mereka adalah ditentukan oleh JPA.

    Kita juga melihat kepada beberapa buah universiti yang cemerlang di sebelah timur yang menggunakan tenaga luar secara minima. Lihat kepada Jepun dan Korea. Kedua-dua negara ini tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Kita juga melihat jarang sekali tenaga akademik Jepun yang berada diluar negara. Mereka cukup berbangga berkhidmat ditanah air sendiri.

    Akhirnya, kita juga merasai sepatutnya semua universiti mempunyai status APEX dari segi autonomi tanpa pengaruh politik dan birokrasi pentadbiran. Dengan itu universiti akan menjadi benar-benar tempat bagi ahli akademik menyumbangkan idea tanpa takut atau merasa tergugat kedudukannya.
       
    Reply With Quote
    Old
      (#2 (permalink))
    Senior Member
     
    asterisk's Avatar
     
    Offline
    Posts: 113
    Join Date: Sep 2008
    Location: Engineering Campus
    09-19-2008, 07:35 AM

    Dan yg ni satu komen yg menarik ke atas artikel tersebut...

    Quote:
    Tahniah Prof Dzul dan orang2 akademik dan kakitangan USM.

    Kalau Naib Canselor tak berpolitik macam NC lain dan TNC lain, dah tentu kualiti universiti boleh meningkat.

    UM dan UKM...NCnya wanita, nampaknya macam tak berpolitik, tapi di belakang universiti bukan main rapat dgn puak2 UMNO. TNC di UM dan UKM lagi teruk dari NC UM dan UKM; mereka jadi pak sanggup UMNO bukan pak sanggup universiti. sebab tu gagal masuk APEX.

    UPM dah mula merosot sebab bab kualti ini dah kurang ambil tahu, tidak seperti zaman NC Prof Zahedi dulu. Tapi Zahedi kena pecat sebab bagi pantun pada menteri.

    UiTM tak payah cakaplah. NC si misai tebal sibuk jaga periuk nasi dia dan gosok b*ntot UMNO. UiTM tak masuk senarai. Kadang tengok macam sekolah menengah. Masih teaching university


    UTM..entah apa cerita. NCnya dulu bukan main kuat bodek sampai tutp Persatuan Mahasiswa Islam UTM. UTM masuk dalam senarai APEX tak? Masih teaching university

    UUM pun sama, tak masuk senarai. Bekas Pengarah BTN yang tak ada rekod aktiviti akademik tiba2 dilantik jadi NC, dapat kurnia Profesor dan Tan Sri. Mana ada kualiti. Masih teaching university.


    UNITAR tak payah cakaplah, tak ada dalam senarai, KUB yang urus tu sibok dengan UMNO, padanlah dgn muka UNITAR, tapi pelajar UNITAR jadi mangsa. Masih teaching university.


    UIA dengar kabar hebat, tapi indah kabar dari rupa. Masih teaching university. Masih teaching university


    Yang menjadi shining star sekarang OUM di kalangan universiti swasta, siapa NCnya? NC OUM ni tak suka politik sebab OUM pecut laju dan berkembang cepat.

    Lain-lain universiti tak payah cakap lah. universiti kat malaysia ni mula merosot masa zaman meneteri shafei salleh dan kuncu2nya yang dilantik di kementerian dan di universiti tempatan.

    Apabila NC dipilih dari mereka yang pernah jadi TNC HEP, maka rosaklah universiti tu. Tengoklah sendiri, bukti jelas depan mata.
       
    Reply With Quote
    Reply

    Thread Tools
    Display Modes

    Posting Rules
    You may not post new threads
    You may not post replies
    You may not post attachments
    You may not edit your posts

    BB code is On
    Smilies are On
    [IMG] code is On
    HTML code is Off
    Trackbacks are On
    Pingbacks are On
    Refbacks are On
    Forum Jump



    Powered by vBulletin® Version 3.7.3
    Copyright ©2000 - 2012, Jelsoft Enterprises Ltd.
    vBulletin Skin developed by: vBStyles.com
    Web Developer: Hostipedia