ARTICLE PORTAL FORUM GALLERY EVENTS
USM Community
  • Cara buat website

  • Go Back   USM Community > Unisciece Corner > Universiti Sains Malaysia

    Reply
     
    LinkBack Thread Tools Display Modes
    Politik di kampus tempatan...
    Old
      (#1 (permalink))
    Moderator
     
    News_Bot's Avatar
     
    Offline
    Posts: 17
    Join Date: Sep 2008
    Politik di kampus tempatan... - 09-19-2008, 12:34 PM

    Sumber :HarakahDaily.Net - Umno terus jajah kampus universiti tempatan

    Masih terngiang-ngiang lagi pesanan ibu serta nenek saya, "Masuk universiti ni,belajar molek-molek deh ! Jangan ambil kisah pasal politik-politik nih". Maklumlah saya ini agak rajin juga menghadiri ceramah yang diadakan oleh pihak 'kerajaan Kelantan' yang merupakan kerajaan pemerintah dari tahun 1990. Jadi salahkan saya menyatakan taat setia kepada kerajaan pemerintah di negeri saya ?

    Namun seperti yang telah diketahui oleh warga kampus seluruhnya, parti politik UMNO lah yang selalu memasuki sempadan kampus dalam usaha menguatkan sokongan mahasiswa terhadap parti UMNO. Ini bukannya suatu fitnah membuta tuli terhadap UMNO,tetapi inilah realitinya. Ia merangkumi program mahasiswa dengan UMNO secara langsung atau tidak secara langsung di dalam sempadan kampus diseluruh negara.

    Saya kira rakan-rakan seangkatan di kampus-kampus lain turut sama mempunyai bukti kukuh tentang penglibatan UMNO dalam kampus mereka, namun sayangnya ramai yang tidak memaparkan bukti-bukti tersebut secara meluas diseluruh negara. Malah paparan saya ini juga tidak dapat saya ketahui samaada akan diambil pusing oleh rakyat Malaysia seluruhnya ataupun tidak.

    Walaupun begitu, cukuplah seandainya semua pembaca sekalian mengetahui bahawa tiadanya parti politik yang memasuki sempadan kampus adalah tipu belaka. Hakikatnya dunia kampus sudah sebati dengan parti UMNO dan ia memang tidak dapat dinafikan lagi. Untuk paparan kali ini, saya mengambil fokus utama kepada sebuah universiti awam yang terkemuka di Pulau Pinang dengan aktiviti UMNO yang terlibat secara langsung di sana.

    'Pakatan cinta' antara universiti tersebut dengan UMNO sememangnya tidak dapat disangkal lagi apabila sentiasa sahaja wujud aktiviti bersama antara universiti berkenaan dengan UMNO kawasan sekitarnya. Adakah dakwaan saya ini dikatakan fitnah semata-mata ? Bagi membuktikan 'pakatan cinta' mereka itu benar, saya akan memaparkan apa yang saya tahu dan apa yang saya kumpulkan dari kenalan-kenalan saya di universiti berkenaan dengan parti UMNO.

    Aktiviti Bersama Universiti Sains Malaysia dengan UMNO


    Disini saya ambil contoh-contoh senang sahaja tentang pakatan universiti dan UMNO secara langsung.

    Antaranya adalah Program penganjuran Program Desa Intelek Antarabangsa yang diadakan pada 17 hingga 20 April 2005. Program ini adalah buat pertama kalinya dianjurkan oleh Bahagian Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar USM dengan dianjurkan bersama oleh Majlis Perwakilan Pelajar USM, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Perlis JKKK Kampung Aman Batu 16 Rancangan Tanah Pinggir, UMNO Bahagian Padang Besar,Perlis dan RISDA Perlis.

    Program ini merupakan sebahagian daripada 13 projek bakti siswa pada tahun 2005. Malah program ini dikelolakan dengan bangganya oleh TNC Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Dato' Prof Madya Jamaludin Mohaiadin.(gambar)

    Malah kuasanya dilihat lebih berpengaruh di mata kerajaan pusat berbanding Naib Canselor USM sendiri iaitu Prof. Dato' Dzulkifli Abdul Razak. Setelah seorang TNC Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar sendiri telah merasmikan secara terang-terangan pakatan itu maka dengan senang hatinya anggota dibawahnya melakukan perlakuan yang sama dengan apa yang telah dimulakan oleh TNC tersebut. Ini termasuklah kampus cawangannya di kampus kejuruteraan.

    Di kampus cawangan kejuruteraan pula, orang yang begitu kuat dengan UMNO adalah seorang yang berjawatan Ketua Penolong Pendaftar HEPP Kampus Kejuruteraan USM iaitu Encik Mahizan Mahamud. Hasil jasanya yang tidak berbelah bahagi kepada UMNO, maka beliau berjaya dianugerahkan pingat PKT oleh TYT Negeri Pulau Pinang

    Manakala lubuk untuk mendapat anggota bagi menjayakan segala aktiviti yang dijanakan UMNO dikampus berkenaan adalah di Desasiswa Lembaran. Malah desa terbabit telah sebati dengan markas fahaman UMNO di kampus berkenaan.

    Seandainya anda datang bagi membezakan antara 2 desasiswa yang begitu jumud dengan UMNO, maka lihatlah pada warna yang dijadikan tema untuk dicatkan pada Desasiswa Lembaran, warna biru dipilih khas oleh pentadbiran Desasiswa Lembaran bagi membuktikan betapa setianya mereka pada warna rasmi BN.

    Baru-baru ini, desasiswa lembaran telah mengadakan program Siswa Masuk Kampung. Program ini diadakan di Parit Haji Napis, Kuala Kurau pada 10 hingga 13 Feruari lalu dan ia dianjurkan bersama dengan UMNO Bagan Serai.

    (Gambar : Banner yang dinaikkan di kawasan Kampus Kejuruteraan USM sebelum aktiviti tersebut berlangsung)

    Selain itu, pihak HEP kampus kejuruteraan dengan terang-terangan membenarkan secara terbuka pengedaran borang permohonan yang di cop Puteri UMNO di pejabat HEP tersebut.

    Malah ia juga dikatakan disebarkan secara meluas semasa program yang melibatkan Desasiswa Lembaran seperti program Lady's Talk.

    Jadi, jika ada suara-suara sumbang pihak aspirasi yang dengan terus-terang memberi ingatan bahawa pembangkang jangan masuk campur, bolehlah saya katakan itu merupakan suara sumbang dari kutu-kutu UMNO yang jumud membabi-buta. Sememangnya UMNO dengan rasminya boleh memasuki sempadan kampus tetapi jangan pula katakan pembangkang yang menguasai pemikiran siswa-siswi.

    Pihak pembangkang tidak pernah pun mengadakan aktiviti rasmi dengan pihak universiti, tetapi UMNO sememangnya "Ya!" dan ia tidak boleh disorokkan lagi. Jika pihak universiti menyekat pergerakan mahasiswa untuk berdamping dengan pihak parti pembangkang, namun UMNO dengan terus-terang 'bermukah' dengan pihak universiti.

    Maka, jika wujud lagi ibubapa yang memesan kepada anak-anak agar, jangan terlibat dengan politik kepartian, bolehlah saya katakan ibubapa perlu menerima realiti bahawa sememangnya anak-anak anda akan diisi dengan semangat kepartian yang khususnya dibawa oleh UMNO samaada mahu ataupun tidak !

    Last edited by News_Bot; 09-19-2008 at 12:43 PM.
       
    Reply With Quote
    Old
      (#2 (permalink))
    Senior Member
     
    asterisk's Avatar
     
    Offline
    Posts: 113
    Join Date: Sep 2008
    Location: Engineering Campus
    09-19-2008, 07:46 PM

    Quote:
    Malah ia juga dikatakan disebarkan secara meluas semasa program yang melibatkan Desasiswa Lembaran seperti program Lady's Talk.
    Emm..aku pernah nampak iklan utk program ni. Tak tau la plak ade sgkt paut ngan politik...
       
    Reply With Quote
    Old
      (#3 (permalink))
    Junior Member
     
    Grey's Avatar
     
    Offline
    Posts: 12
    Join Date: Sep 2008
    09-20-2008, 08:40 PM

    Quote:
    Baru-baru ini, desasiswa lembaran telah mengadakan program Siswa Masuk Kampung. Program ini diadakan di Parit Haji Napis, Kuala Kurau pada 10 hingga 13 Feruari lalu dan ia dianjurkan bersama dengan UMNO Bagan Serai.
    Banyak pasal lembaran je ni... Aku rase kalu cam aktiviti ni takpe rasenye... Apa salahnya kalau UMNO taja.
       
    Reply With Quote
    Old
      (#4 (permalink))
    Senior Member
     
    asterisk's Avatar
     
    Offline
    Posts: 113
    Join Date: Sep 2008
    Location: Engineering Campus
    09-21-2008, 04:11 PM

    Quote:
    Originally Posted by Grey View Post
    Banyak pasal lembaran je ni... Aku rase kalu cam aktiviti ni takpe rasenye... Apa salahnya kalau UMNO taja.
    Kawan budak yang post artikel ni tu budak lembaran kut...
       
    Reply With Quote
    Old
      (#5 (permalink))
    Junior Member
     
    Viking's Avatar
     
    Offline
    Posts: 18
    Join Date: Sep 2008
    09-22-2008, 06:29 AM

    Artikel ni sahih ke, ke semata2 nak jatuhkan nama usm je.... mentang2 la kita baru dapat apex...
       
    Reply With Quote
    Reply

    Thread Tools
    Display Modes

    Posting Rules
    You may not post new threads
    You may not post replies
    You may not post attachments
    You may not edit your posts

    BB code is On
    Smilies are On
    [IMG] code is On
    HTML code is Off
    Trackbacks are On
    Pingbacks are On
    Refbacks are On
    Forum Jump



    Powered by vBulletin® Version 3.7.3
    Copyright ©2000 - 2012, Jelsoft Enterprises Ltd.
    vBulletin Skin developed by: vBStyles.com
    Web Developer: Hostipedia