ARTICLE PORTAL FORUM GALLERY EVENTS
USM Community
  • Cara buat website

  • Go Back   USM Community > Unisciece Corner > Universiti Sains Malaysia

    Reply
     
    LinkBack Thread Tools Display Modes
    ISU POLISTIRENA:USM TIDAK AKAN PERKENAL PERATURAN WAJIB-NC
    Old
      (#1 (permalink))
    Moderator
     
    News_Bot's Avatar
     
    Offline
    Posts: 17
    Join Date: Sep 2008
    ISU POLISTIRENA:USM TIDAK AKAN PERKENAL PERATURAN WAJIB-NC - 09-24-2008, 07:56 AM

    PULAU PINANG, 11 Sept – Universiti Sains Malaysia (USM) tidak akan memperkenalkan peraturan wajib kepada warga kampus dalam memastikan mereka memboikot penggunaan polistirena dan beg plastik dalam universiti.

    Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak berkata, pelaksanaan peraturan wajib tidak akan membawa kepada penyelesaian kerana kesedaran perlu wujud secara sukarela dari dalam diri individu itu sendiri.



    Katanya, perintah wajib tidak begitu bersesuaian kerana perkara seperti menjaga alam sekitar dan kesihatan individu bergantung kepada didikan dan kesedaran yang terbit secara sukarela, bukan dengan paksaan.

    ``Usaha penting yang perlu dilakukan secara berterusan ialah mendidik warga kampus supaya menghargai alam dan persekitaran mereka. Bila sudah terdidik dengan cara yang betul, peraturan memang tidak diperlukan,’’ jelas beliau.

    Beliau berkata demikian ketika menyertai kempen Senyum Mesra Saling Menyayangi (SMSMi) yang dianjurkan Sekretariat Kampus Sejahtera yang dibarisi oleh para pelajar dan kakitangan USM di sini hari ini.

    Kempen berterusan ke arah melahirkan warga kampus yang lestari dan menghargai konsep universiti dalam taman itu turut bertujuan mewujudkan kesedaran mendalam kepada warga kampus berhubung kepentingan memelihara alam sekitar.

    Kempen yang mula diketengahkan secara besar-besaran pada awal 2007 itu tampil dengan penambahbaikan yang mana para pelajar mula mempromosikan kaedah lain yang boleh digunapakai bagi membungkus makanan.

    Sekretariat Kampus Sejahtera dengan kerjasama syarikat pengeluar bekas makanan plastik boleh diguna semula sedang giat mempromosikan penggunaan bekas tersebut di samping pembungkus makanan mesra alam (eco-pack).

    ``Inisiatif para pelajar ini amat baik untuk dipraktikkan baik di peringkat pelajar mahu pun kakitangan USM. Ia satu penyelesaian yang bagus dan praktikal. Paling penting ia turut membantu mengurangkan penjanaan sampah khususnya daripada bekas pembungkus makanan,’’ tegas beliau.

    Selain itu, Dzulkifli turut menegaskan, selain mewujudkan alam sekitar yang lebih baik, penggunaan bekas plastik yang boleh diguna semula itu mampu mengubah corak kehidupan generasi akan datang.

    ``Saya menekankan aspek didikan yang boleh dipraktikkan melalui kempen-kempen seumpama ini kerana saya percaya dengan cara itu kita mampu mendidik manusia supaya berubah,’’ jelasnya.


    Foto: Mohd. Fairus Md. Isa

    15/09/2008
       
    Reply With Quote
    Reply

    Thread Tools
    Display Modes

    Posting Rules
    You may not post new threads
    You may not post replies
    You may not post attachments
    You may not edit your posts

    BB code is On
    Smilies are On
    [IMG] code is On
    HTML code is Off
    Trackbacks are On
    Pingbacks are On
    Refbacks are On
    Forum Jump



    Powered by vBulletin® Version 3.7.3
    Copyright ©2000 - 2012, Jelsoft Enterprises Ltd.
    vBulletin Skin developed by: vBStyles.com
    Web Developer: Hostipedia