|
http://ppmusm.cjb.net -
10-09-2008, 10:32 PM
.:::: Portal Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat USM :::::.
Quote:
Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (PPMUSM) di tubuhkan bertujuan untuk mengupayakan mahasiswa dalam kegiatan bermasyarakat di samping mendampingi masyarakat dan mengeratkan jurang antara masyarakat dengan mahasiswa. Perjuangan generasi awal PPMUSM yang mana berhasrat untuk meniup nafas baru dalam gerakan ini dalam memahami pengertian Khidmat dan makna Masyarakat sebenar. Ia sebenarnya adalah sumbangan penting kepada kita semua generasi yang meneruskan perjuangan kerana inilah bermulanya era kebangkitan mahasiswa dalam meletakkan piawaian yang sama ada kita mampu membawa perubahan ke arah kebaikan.
PPMUSM mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu untuk melahirkan insan yang dapat mengupayakan kesedaran dan tindakan mahasiswa untuk melahirkan masyarakat dan insani madani untuk menyumbang kepada perubahan masyarakat berasaskan al-Quran dan as-Sunnah. Akhirnya PPMUSM cuba melahirkan mahasiswa aktivis yang mampu membuang persepsi negatif masyarakat yang menganggap mahasiswa kelompok yang tidak relevan dalam konteks menjadi jurubicara umat sebaliknya melahirkan mahasiswa yang mampu membawa idea dan agenda mendasari tuntutan serta keinginan masyarakat.
PPMUSM juga ingin memberi ilmu dan pengalaman baru kepada mahasiswa supaya mereka menjadi graduan yang mahir dari pelbagai bidang. Antara pengalaman berkenaan kemahiran berkomunikasi, bergaul dalam kalangan masyarakat, kemahiran berorganisasi dan melaksanakan program serta cuba membina semangat, kreativiti dan keyakinan diri dalam mahasiswa
|
|