ARTICLE PORTAL FORUM GALLERY EVENTS
USM Community
  • Cara buat website

  • Go Back   USM Community > Unisciece Corner > Main Campus

    Reply
     
    LinkBack Thread Tools Display Modes
    40 pasukan meriahkan Pesta Hoki USM
    Old
      (#1 (permalink))
    Senior Member
     
    asterisk's Avatar
     
    Offline
    Posts: 113
    Join Date: Sep 2008
    Location: Engineering Campus
    40 pasukan meriahkan Pesta Hoki USM - 10-14-2008, 01:22 AM



    Sumber : KOSMO! Online

    LEBIH 40 pasukan dari luar negara mengesahkan penyertaan pada Pesta Hoki Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM) yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 November ini.

    Antara negara yang bakal beraksi pada pesta yang sudah memasuki edisi ke-35 itu ialah Australia, Sri Lanka, Singapura, Thailand, India, Pakistan, Brunei, Vietnam, Hong Kong, Timur Leste dan Indonesia.

    Ketua Unit Sukan USM , Muhamad Mohd. Hanif berkata selain pasukan luar negara, lebih 200 pasukan tempatan turut mengesahkan penyertaan bagi bersaing merebut hadiah lumayan yang disediakan.

    "Jika tahun lepas kita menerima penyertaan lebih 300 pasukan tempatan tetapi tahun ini ia dihadkan kepada 200 pasukan sahaja yang berjaya melangkah sekurang-kurangnya ke peringkat kedua tahun lalu.

    "Langkah ini adalah untuk mempastikan hanya pasukan yang benar-benar mampu bersaing di peringkat tertinggi dan menampilkan mutu permainan mantap saja terpilih untuk beraksi," katanya pada sidang media sempena majlis penyerahan tajaan Nestle selaku penaja utama kejohanan kali ini.

    Hadir menyerahkan tajaan itu ialah Pengurus Cawangan Nestle, Lim Kim Sun, Pengerusi Penganjur Pesta Hoki Antarabangsa USM 2008, Tan Bee Chin serta Pengurus Pasukan Hoki Kebangsaan Victoria, Australia, Micheal Nelson.

    Tambah Muhamad, penyertaan untuk pesta itu telah ditutup tetapi pasukan yang masih berminat akan dipertimbangkan asalkan menepati syarat yang ditetapkan.

    Katanya sebanyak 13 kategori dipertandingkan iaitu bawah 12 tahun (lelaki dan perempuan), bawah 15 tahun (lelaki dan perempuan), bawah 18 tahun (lelaki dan perempuan), veteran dan antara universiti (senior dan klasik).

    "Pertandingan kali ini juga terus mengekalkan kategori Piala Menteri Pengajian Tinggi," ujarnya.

    Muhamad berharap kejohanan edisi ke-35 itu dapat meningkatkan mutu permainan sekali gus menaikkan imej USM di mata dunia tambahan pula selepas dipilih sebagai Universiti Apex baru-baru ini.

    Sementara itu Kim Sun berkata, Nestle menyumbang RM100,000 untuk pertandingan kali ini termasuk wang tunai, hamper, pingat dan trofi kepada para pemenang.

    "Kami sentiasa menyokong usaha USM menganjurkan pesta ini kerana ia menggalakkan cara hidup sihat di kalangan remaja serta mempromosikan sukan hoki yang terus berkembang selain membantu menaikkan semula imej hoki tempatan ke peringkat antarabangsa," katanya.
       
    Reply With Quote
    Reply

    Thread Tools
    Display Modes

    Posting Rules
    You may not post new threads
    You may not post replies
    You may not post attachments
    You may not edit your posts

    BB code is On
    Smilies are On
    [IMG] code is On
    HTML code is On
    Trackbacks are On
    Pingbacks are On
    Refbacks are On
    Forum Jump



    Powered by vBulletin® Version 3.7.3
    Copyright ©2000 - 2012, Jelsoft Enterprises Ltd.
    vBulletin Skin developed by: vBStyles.com
    Web Developer: Hostipedia