Pulau Pinang, 11 Oktober 2008 - Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Sdri. Siti Rogayah Bahari mempersoalkan kemunasabahan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) sendiri yang masih belum membubarkan MPP sesi akademik 2007/08 walaupun usia perjawatan MPP sudah melewati satu tenure (lebih dari setahun).
Quote:
Memang saya persoalkan (hal ini). Sepatutnya BHEP sudah membubarkan MPP sebagaimana dalam Seksyen 52(4) Perlembagaan USM kerana tempoh perjawatan kami (semua ahli MPP) sudah melewati satu tahun atau 2 semester akademik,” tegas Sdri. Siti Rigayah.
|
Seksyen 52(4) Perlembagaan Universiti (PU) menyatakan “…ahli-ahli MPP dan pemegang-pemegang jawatannya hendaklah dipilih untuk satu tahun…”
Beliau yang juga Ahli MPP ProM USM mempersoalkan maksud ‘HENDAKLAH’ dalam seksyen tersebut sama ada bersifat optional (tidak wajik, pilihan) atau mandatory(perintah wajib).
Salah seorang founder Unit Undang-Undang PMIUM sesi akademik 2005/06, Sdr. Zainalfakar Yaakub ketika dihubungi menjelaskan bahawa terma ‘HENDAKLAH’ dalam Seksyen tersebut sepatutnya dibaca secara berperundangan; bukan merujuk pada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau kamus-kamus bahasa am yang lain.
Quote:
|
Maka, terma ‘HENDAKLAH’ dalam Seksyen 52(4) Perlembagaan USM membawa maksud mandatory atau perintah wajib kerana Undang-Undang dan Perlembagaan menuntut prinsip fiat justitia ruat caelum (undang-Undang perlu dilaksanakan biarpun langit runtuh),” tambah Sdr. Zainalfakar lagi.
|
Sdr. Zainalfakar juga menyifatkan keputusan KPT/Universiti menangguhkan pemilihan MPP pada Januari tahun depan kononnya atas pertimbangan ‘ketidakstabilan politik parti nasional’ sebagai suatu pertimbangan yang dangkal dan tidak rasional.
Berita lanjut: Mahasiswakini ProM USM persoal status MPP