
Muhammad Hanif Alias
Yang Dipertua,
Persatuan Mahasiswa Islam USM
Sidang 09/10
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara.
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya kita masih lagi diberikan peluang untuk merasai dua nikmat utama iaitu iman dan islam. Walaupun kita sudah bercuti selama 1 bulan setengah,namun perlulah kita muhasabah diri, melihat apa yang telah kita lakukan, apakah kekuatan dan kelemahan kita agar setiap kekuatan akan kita gembeling untuk memacu tindakan seterusnya di samping mengatasi sebarang kelemahan yang ada. Marilah kita sama-sama berdoa semoga kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah SWT.
Terlebih dahulu ucapan Selamat Datang saya ucapkan kepada seluruh warga Universiti Sains Malaysia,semoga ketiba kita di USM akan membuka satu lembaran baru bagi diri kita
More...