View Single Post
Penang free internet....
Old
  (#1 (permalink))
Roti
Junior Member
 
Roti's Avatar
 
Offline
Posts: 14
Join Date: Sep 2008
Penang free internet.... - 09-19-2008, 05:53 AM

PULAU PINANG: Penduduk Pulau Pinang akan menikmati perkhidmatan Internet tanpa wayar percuma tidak lagi yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan dibolehkan Internet, Hotgate Technology (M) Sdn Bhd.

Pengerusi Hotgate, Michael Yang berkata buat permulaan, syarikat itu menerusi projek Wi-Fi Percuma Pulau Pinang, akan menyediakan kemudahan itu di lokasi terpilih di negeri berkenaan dalam tempoh sebulan.

Lokasi tersebut ialah Queensbay Mall, Macalister Road, Burmah Road, Gurney Plaza dan Gurney Drive, selain Bukit Jambul, Universiti Sains Malaysia (USM), Tanjong Bungah dan kawasan Butterworth.

“Lokasi itu akan diperluaskan secara berperingkat-peringkat sehingga akhirnya meliputi kira-kira 750 kawasan tumpuan, termasuk di tanah besar, dalam tempoh 15 bulan,” katanya pada pelancaran perkhidmatan itu di sini hari ini.

Sumber: Metro
   
Reply With Quote