19 Oktober 2007 - Cerita panjang di’pendekkan, rombongan kami, pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia dari Kampus Kejuruteraan USM telah mengalami kemalangan paling horror yang melibatkan satu (1) nyawa manusia. Kesemua 40 orang di’atas bas yang kami naiki selamat walaupun ada yang mengalami luka ringan & trauma. Kami ketika itu dalam perjalanan ke Teluk Bahang, Pulau Pinang untuk satu bengkel motivasi telah bertembung dengan sebuah MyVi comel berwarna putih melepak yang kemudian’nya bermandi darah merah.
Dua teori yang datang dari saksi-saksi di’tempat kejadian termasuk aku sendiri;
- MyVi tersebut memotong kereta lain, tetapi tidak lepas. Aku sebagai antara orang pertama yang melihat MyVi itu datang dengan tenang’nya ke arah bas menyokong teori ini. Ketika aku sedang asyik bersembang dengan rakan sebelah, aku terpandang MyVi tersebut yang datang tiba-tiba bersama sebuah lagi kereta berwarna hitam. Kereta berwarna hitam itu sempat mencelah masuk dan malang buat MyVi tersebut kerana tidak sempat berbuat apa-apa.
- Pemandu MyVi itu mabuk & makan jalan. Aku tidak merasakan begitu kerana sewaktu kejadian, jam menunjukkan jam 4.xx petang, tidak berapa logik jika ada individu yang mabuk siang-siang hari di’waktu pejabat. Tapi, siapa tahu bukan?
Artikel lanjut : Tragedi Oktober, terima kasih Tuhan — Mohd Ismail (dot) Net