Ni isu lama dah ni sebenarnya... dah 3-4 bulan dah...
Yg ni ak dapat dr blog lain plak..
Quote:
PULAU PINANG, 28 Mac – Akibat kesal dengan pengabaian kebajikan peserta-peserta Malam Citrawarna USM, beberapa MPP yang menamakan diri mereka sebagai “Pro Mahasiswa” telah mendesak penjelasan jujur daripada Prof. Madya Omar Osman, TNC HEP kira-kira jam 10 pagi di sini.
Dalam pertemuan tertutup tersebut, wakil Pro Mahasiswa telah mempersoalkan pertimbangan Universiti memaksa siswa-siswa menyertai rehasel saban malam bermula jam 10 malam dan tamat latihan lewat jam 4 pagi.
Sebagai respon balas, TNC HEP menjelaskan bahawa Malam Citrawarna tersebut dipilih sendiri oleh DYMM Raja Perlis. Walau bagaimana pun, beliau bersedia mengkaji dan menerima pandangan daripada exco-exco yang hadir.
Pro Mahasiswa menegaskan bahawa walaupun aktiviti tersebut adalah acara rasmi Universiti dan akan dirasmikan sendiri oleh Pro Canselor, DYMM Raja Perlis; namun aktiviti ini seharusnya tidak mengabaikan kebajikan Mahasiswa dan matlamat asasi Universiti.
Lebih dari itu, berdasarkan banyak laporan yang diterima oleh MPP Pro-Mahasiswa, rata-rata peserta diugut tidak mendapat tempat penginapan di Universiti sekiranya tidak sanggup menjalani rehasel sebagaimana yang diputuskan oleh jawatankuasa program.
Prof. Madya Omar Osman pula menegaskan bahawa beliau langsung tidak mengetahui wujudnya unsur-unsur ugutan tersebut.
Dalam pertemuan tersebut juga, exco-exco yang hadir juga mempersoalan kesungguhan pihak Universiti untuk memperkasakan pembangunan modal insan.
Ini kerana program berunsur hidonisme lebih banyak dibenarkan oleh Universiti berbanding program-program keagamaan dan keintelektualan.
Sebagai respon, TNC HEP hanya bersenyum dan memberi jaminan untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti keagamaan-keintelektualan bermula sesi depan.
Sebelum pertemuan tersebut selesai, MPP Pro Mahasiswa mencadangkan Universiti mengeluarkan suatu guide line aktiviti-aktiviti yang seharusnya dilaksanakan Universiti; dan sebaliknya.
Mereka bersedia bekerjasama dengan HEP dalam memantau aktiviti-aktiviti mahasiswa demi memelihara nama baik Universiti dari tercemar.
Pertemuan tersebut berakhir dengan penyerahan Memorandum Terbuka MPP USM / Pro-Mahasiswa Berhubung Malam Citrawarna Pada 21-22 Mac 2008 kepada Prof. Madya Omar Osman. -END
|