USM Community

USM Community (http://www.uniscience.net/forum/)
-   Komputer dan Teknologi (http://www.uniscience.net/forum/12-komputer-dan-teknologi/)
-   -   Kelemahan blogspot (http://www.uniscience.net/forum/12-komputer-dan-teknologi/45-kelemahan-blogspot.html)

asterisk 09-20-2008 09:34 AM

Kelemahan blogspot
 
Saya pasti ramai blogger di Malaysia yg menggunakan blogspot tanpa mereka sedari kelemahan yg ada jika mereka menggunakan platform ini. Walaubagaimana pun jangan risau kerana kebanyakan daripada kelemahan ini dapat diatasi jika anda tahu caranya :

1.Subdomain .blogspot.com:
-Sekiranya anda menggunakan domain .blogspot.com, tidak kira sebagus manapun isi blog anda, blog anda tetap kelihatan tidak profesional.
-Mungkin anda tidak tahu yg sebenarnya anda boleh menggunakan domain anda sendiri di blogspot. Maknanya anda boleh menukar namablog.blogspot.com kepada namablog.com sahaja. Tetapi, namablog.com bukanlah percuma dan anda perlu bayar.
-Sekiranya anda mahukan domain name yang percuma, anda boleh menggunakan domain name co.cc. Maknanya nama laman anda akan bertukar menjadi namablog.co.cc. Walaupun nama ini tidak secantik .com, namun ia sememangnya jauh lebih pendek daripada .blogspot.com. Ini dapat memudahkan visitor utk mengingati nama laman anda.
-Untuk cara menukar setting tersebut di blogspot sila rujuk Mengapa anda perlukan Domain? -- Khai’s Blog || Just Khai. Nothing More!!

2.Blogspot tidak dihost di Malaysia :
-Server blogspot berada di luar Malaysia. Ini bermakna sekiranya anda menulis blog anda dalam bahasa Melayu, carian Google yang dilakukan di dalam Malaysia (dgn men'tick' butang Malaysia Only) tidak akan memaparkan laman anda.
-Tidak kira sebagus manapun isi blog anda, dan serelevan mana pun meta keyword anda, result berkenaan blog anda tidak akan keluar sama sekali.
-Untuk itu, anda perlu mengubah target traffic anda. Secara default, target traffic blogspot ialah drpd US. Untuk mengubah target traffic kepada Malaysia, anda perlu mendaftar dengan perkhidmatan Google Webmaster Tool (percuma sahaja). Tutorial lanjut boleh dilihat di http://www.justsearching.co.uk/JustB...-tutorial.html
-Selepas anda berjaya mengverify laman blogspot anda di sana. Anda hanya perlu pergi ke Tools->Set geographic target dan pilih Malaysia sebagai pilihan target.

3.File dan database blogspot tidak berada di tangan anda:
-Sekiranya anda ingin beralih kepada hosting pula, anda terpaksa bermula sekali lagi kerana domain blogspot, file dan segala database tidak berada pada tangan anda.

Grey 09-20-2008 08:28 PM

Hemm... ade risiko utk kena delete gak kalau host kat blogspot ni. Cam Che Det. Sebab die, makan bdwith bnyk sgt blog chedet ni... Dalam sehari je sejuta page view die dapat...

Viking 09-20-2008 10:18 PM

Minah mane plak che det ni???

asterisk 09-20-2008 10:33 PM

Quote:

Originally Posted by Viking (Post 74)
Minah mane plak che det ni???

Chedet tu Tun Mahathir laa.... Ayyoo.. Itu pun tarak tau ka... :)


All times are GMT +8. The time now is 11:50 AM.

Powered by vBulletin® Version 3.7.3
Copyright ©2000 - 2012, Jelsoft Enterprises Ltd.