USM Edu Community

Sunday
May 20th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Cool gadgets by USM

E-mail Print PDF

EVEN with the SmartTAG system, cars have to be relatively close enough to the tag reader to be detected, but imagine if you can be as far as half a football field away.

Universiti Sains Malaysia (USM) researchers have developed a sensory device using Radio Frequency Identification (RFID) that will allow automatic toll collection from a distance of up to 45m from the toll booth.

Research team head Dr Widad Ismail said the device was the first of its kind to be locally made and only cost half the price of imported versions.

''Most of our highways use Japanese products and they use point-to-point infrared technology which means you have to be at a specific point for the tag to be detected.

''With a RM2mil grant from the Science Technology and Innovation Ministry (Mosti), USM has developed a similar system using RFID. This provides circular coverage which means you can be detected anywhere within a 45m bubble around the tag,'' she told a press conference recently.


She said instead of using technologies like WiFi or Bluetooth, they used a Zigbee chip which was inexpensive and had low power consumption.

''Toll collection is just one of the many ways our 2.45Ghz active integrated RFID system can be used. For example, we installed readers in one of USM's Electrical and Electronic Engineering classrooms at the beginning of the semester in December.

''Fifty students were given identification tags and they were detected each time they entered the class. It has been an effective way of recording their attendance. We've also installed several chips to detect the movement of some of the Engineering Campus' electronic equipment,'' she said, adding that the new system could be modified to suit a variety of needs.

In addition, Dr Widad said the team of researchers had developed a device to suit short-range needs.

''This device detects tags 2m to 3m away which can make security much more convenient as you only have to install the reader and an antenna instead of swiping a card or passing through a gateway,'' she said.

She said both the long-range and short-range devices were ready to be marketed and about three industrial companies had expressed interest in backing the projects.

''We're also hoping to approach PLUS and highway authorities to see if they would be interested in our system,'' she said. - The Star 

 PULAU PINANG 11 Feb. - Sekumpulan pakar bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan sejenis alat pengesan elektronik yang mampu mengesan maklumat pangkalan data (ID) pada jarak sehingga 45 meter menggunakan teknologi Ziqbee.

Ketua penyelidik merangkap pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) USM, Dr. Widad Ismail berkata, produk yang diciptanya bersama kumpulan penyelidik dari PPKEE itu mempunyai pelbagai fungsi secara menyeluruh yang lebih murah dan ringkas berbanding alat pengesan sedia ada.

Jelasnya, alat pengesan yang dikenali sebagai Contactless Active Integrated RFID System (CAIRFID) itu dibangunkan melalui geran prakomersial Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berjumlah RM2 juta.

''Selain menggunakan teknologi frekuensi radio (RF), kapasiti CAIRFID yang mencecah 2.45 giga hertz (GHz) juga merupakan ciptaan pertama dalam dunia yang mengintegrasikan teknologi Zigbee dalam pembuatannya.

''Ia mampu mengesan data pada jarak dalam lingkungan 30 hingga 45 meter tertakluk kepada kawasan sama ada digunakan di dalam atau di luar.

''Paling menarik, ia adalah ciptaan rakyat Malaysia dan berpotensi untuk digunakan secara meluas dalam negara bagi menjimatkan kos tanpa mengabaikan aspek kualiti dan kecanggihan produk," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Unit Latihan, Bangunan Canselori di sini hari ini.

Katanya, alat pengesan ini juga mampu mempermudahkan pencarian maklumat ID di kebanyakan sektor termasuk perubatan, perbankan, perumahan, sekolah, institusi pengajian dan di lebuh raya.

Tambah Widad, teknologi mengesan maklumat sedia ada dalam negara juga kesemuanya diimport dari luar dengan kos yang jauh lebih tinggi dan kepenggunaannya terhad kepada jarak tertentu.

''Teknologi ini boleh diaplikasikan mengikut kesesuaian kerana ia boleh diubah semula dan mudah alih ekoran saiz produk yang kecil dan ringan.

''Kita boleh ambil contoh kad pintar yang digunakan bagi membayar tol di lebuh raya, kepenggunaannya menimbulkan pelbagai masalah khususnya yang melibatkan bacaan kad yang mana kita perlu menyentuh atau memperlahankan kenderaan.

''Ia disebabkan sistem sedia ada tidak mengggunakan teknologi RF sebaliknya menggunakan sinaran infra merah.

''Ia menyebabkan kadar bacaan agak terhad kepada tiga hingga lima meter sahaja, jauh lebih rendah daripada produk yang kita cipta,'' katanya.

Kata Widad, dengan teknologi baru yang diperkenalkan, pengguna tidak perlu memperlahankan atau menurunkan tingkap kenderaan bagi menyentuh skrin pembaca kerana jarak bacaan CAIRFID yang jauh lebih tinggi. - Utusan


 

About USM

Konsep "Universiti Di Dalam Taman" yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan selanjutnya. Konsep ini mengajak kita untuk mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan dunia intelek. Kita perlu semarakkan semangat dan amalan dalam menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayangi dan menghargai alam semula jadi dan ekologi yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus.

Travel tips

USM Museum & Gallery, USM Campus, Penang: 
Exhibits on arts and culture like drama, fine arts and traditional music, anthropology, also ethnography, science and technology, ecology and environment, archaeology and a mini planetarium.
Opens: Monday-Thursday from 9.00am to 4.30pm; Friday from 9.00am to 12.15pm
and 2.45pm to 4.30pm; Saturday from 9.00am to 12.45pm
Tel: 604-657 7888 ext. 3261/3267/2427. Fax: 604-656 3531. Admission is free.

Latest Posts

Who's Online

We have 4 guests online

Statistics

Members : 14
Content : 67
Web Links : 6
Content View Hits : 47972

Sponsors