Sumber: ppkt.eng.usm.my
Syarat-syarat penyertaan:
1) Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sepenuh masa Kampus Kejuruteraan, USM.
2) Penyertaan adalah secara individu.
3) Rekabentuk laman web mestilah baru dan asli.
4) Bahasa yang digunakan mestilah dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris.
5) Laman web adalah dalam bentuk html. Penggunaan ‘Content Management System’ tidak dibenarkan.
6) Penggunaan maklumat yang tepat adalah digalakkan, tetapi peserta dibenarkan menggunakan data-data contoh sekiranya data sebenar sukar diperolehi.
7) Penghakiman dinilai dari segi kreativiti, interaktif, ramah pengguna dan mesti mengandungi unsur-unsur akademik yang bersesuaian dengan persekitaran Kampus Kejuruteraan, USM.
8) Laman web rasmi Kampus Kejuruteraan, USM sekarang boleh dijadikan rujukan. Selain itu, pembangunan laman web mestilah mematuhi Garis Panduan Pembinaan Laman Web USM yang boleh dirujuk di laman web http://www.usm.my/garispanduan.
9) Rekabentuk laman web yang terpilih akan menjadi hak milik pihak pengurusan PPKT Kampus Kejuruteraan, USM.
10) Borang penyertaan dan softcopy laman web (dalam bentuk CD) bersama dokumen justifikasi berkaitan ciri-ciri laman web yang dibangunkan perlulah dikemukakan kepada PPKT, Kampus Kejuruteraan, USM dalam sampul surat bersaiz A4 dan sila tulis ‘Pertandingan Mencipta Laman Web Rasmi Kampus Kejuruteraan, USM’ di bahagian atas sebelah kiri sampul.
11) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Ogos 2008.
12) Segala keputusan yang dibuat oleh panel hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
13) Para pemenang akan dihubungi melalui telefon atau e-mel dan nama pemenang akan dipaparkan di laman web PPKT, Kampus Kejuruteraan, USM.
14) Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi servisDesk PPKT di:
No. Tel : 04-5995333
E-mel :
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
15) Hadiah bagi pemenang adalah seperti berikut:
| - | RM 500 x 1 + Sijil Penyertaan |
| - | RM 300 x 1 + Sijil Penyertaan |
| - | RM 200 x 1 + Sijil Penyertaan |
| - | RM 50 x 5 + Sijil Penyertaan |







_