Satu Majlis Penyampaian Pembiayaan Penyelidikan ExxonMobil 2007 telah berlangsung pada 19 Mac lalu di Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Kali ini, projek bertajuk ‘Prevention of CO2 Emission from Nautral Gas Power Plant using Membrane Gas Absorption’ oleh Prof. Abdul Latif Ahmad telah menerima pembiayaan berjumlah RM30, 000 daripada ExxonMobil. Prof. Latif yang juga Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia akan mengetuai penyelidikan ini yang dijalankan bersama dengan dua orang pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia iaitu Dr. Lee Keat Teong dan Puan Sunarti Abd Rahman.Sumber : eng.usm.my
Satu Majlis Penyampaian Pembiayaan Penyelidikan ExxonMobil 2007 telah berlangsung pada 19 Mac lalu di Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Kali ini, projek bertajuk ‘Prevention of CO2 Emission from Nautral Gas Power Plant using Membrane Gas Absorption’ oleh Prof. Abdul Latif Ahmad telah menerima pembiayaan berjumlah RM30, 000 daripada ExxonMobil. Prof. Latif yang juga Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia akan mengetuai penyelidikan ini yang dijalankan bersama dengan dua orang pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia iaitu Dr. Lee Keat Teong dan Puan Sunarti Abd Rahman.
Cek replika disampaikan oleh Pengurus (Safety and Regulatory) ExxonMobil, Cik Grace Choo kepada Prof. Abd Latif.
Turut hadir ke majlis penyampaian cek ini ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Sains Malaysia, Dato’ Prof. Muhammad Idiris Saleh dan Ir. Ahmad Raihan Daud dari ExxonMobil, pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, serta para pelajar dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik .
Selain Universiti Sains Malaysia, ExxonMobil turut memberi pembiayaan kepada empat buah lagi IPTA iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Univeristi Teknologi Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu. Pihak ExxonMobil telah menerima sebanyak 45 permohonan untuk pembiyaan penyelidikan ini.








_