USM Edu Community

Wednesday
Feb 08th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Engineering Campus Engineering Campus USM cipta Axotrain bantu pesakit strok

USM cipta Axotrain bantu pesakit strok

E-mail Print PDF
UNIVERSITI Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, melakar sejarah mencipta alat yang lebih mudah digunakan untuk merawat penyakit strok dikenali Axotrain atau Alat Bantuan Tangan Pesakit Strok.Alat itu digunakan sebagai terapi untuk membantu pesakit menggerakkan tangan yang lumpuh.

Axotrain yang mudah diubah suai ketinggiannya bagi memudahkan kedudukan, meraih pingat emas sempena Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi 2008 (Itex 08) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik USM Nibong Tebal, Prof Mohd Zaid Abdullah, berkata hasil penyelidikan bersama pelajar tahun akhir itu berjaya mencipta alat berkenaan.Beliau berkata, alat itu terhasil daripada kombinasi mekanikal dan elektronik dengan tiga fungsi bagi memudahkan pesakit strok yang lumpuh pada tangan menggunakannya.

"Tiga fungsi yang terdapat pada alat ini begitu mudah untuk digunakan pesakit.

"Malah, ia semudah hanya menekan punat pada alat pengisar ataupun periuk nasi elektronik," katanya.

Beliau berkata, alat berkenaan mempunyai tiga fungsi utama iaitu 'isometric' atau pergerakan bebas, 'isokenatic' (gerakan untuk mengaktifkan sel mati) dan 'isotonic' untuk mengaktifkan sel yang mati pada tangan.

"Bagi fungsi pertama apabila pesakit meletakkan tangan pada alat itu, ia akan menggerakkan tangan secara automatik dengan perlahan sehingga 90 darjah sebagai kaedah rawatan.

"Fungsi kedua pula, membantu minda pesakit menggerakkan tangan dengan sendiri pada alat itu sementara alat pengesan cuba mengesan sebarang pergerakan atau gegaran pada otot," katanya.

Menurutnya, alat pengesan itu turut menunjukkan kekuatan yang perlu digunakan pesakit untuk menggerakkan tangan mereka. Jika tekanan kurang, alat tidak akan bergerak sehingga tekanan cukup.

Prof Mohd Zaid berkata, Axotrain yang mengambil masa setahun untuk disiapkan termasuk penyelidikan dan mereka bentuk itu, sudah dijalankan uji kaji kepada seorang pesakit strok akibat kemalangan di Hospital Kubang Kerian (HKK), Kelantan.

Katanya, selain pesakit berusia 18 tahun itu, mereka turut melakukan beberapa uji kaji kepada pesakit di HKK yang mengalami masalah sama.

"Apa yang membanggakan, pesakit itu sendiri mahukan alat ini berada bersama mereka setiap masa bagi membantu mereka pulih sepenuhnya.

"Dengan alat ini, tempoh untuk pesakit itu sembuh adalah singkat. Mungkin hanya dua bulan sehingga enam bulan bergantung pada kegunaan dan sakit," katanya.

Beliau berharap, alat itu dapat membantu lebih 40,000 pesakit strok di Malaysia ini sembuh sekali gus dapat mengkomersialkan alat yang hanya mengambil kos kurang daripada RM6,000.

Bagaimanapun katanya, alat yang sama dengan teknologi mekanikal memang sudah ada di pasaran antarabangsa.

"Alat yang sudah ada di pasaran menggunakan teknologi mekanikal, ia amat merumitkan pengguna malah pesakit masih memerlukan bantuan jururawat selain harganya terlalu mahal iaitu sekitar RM80,000," katanya.

Sumber: hmetro.com.my


Last Updated ( Friday, 08 August 2008 22:33 )  

About USM

Konsep "Universiti Di Dalam Taman" yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan selanjutnya. Konsep ini mengajak kita untuk mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan dunia intelek. Kita perlu semarakkan semangat dan amalan dalam menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayangi dan menghargai alam semula jadi dan ekologi yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus.

Travel tips

USM Museum & Gallery, USM Campus, Penang: 
Exhibits on arts and culture like drama, fine arts and traditional music, anthropology, also ethnography, science and technology, ecology and environment, archaeology and a mini planetarium.
Opens: Monday-Thursday from 9.00am to 4.30pm; Friday from 9.00am to 12.15pm
and 2.45pm to 4.30pm; Saturday from 9.00am to 12.45pm
Tel: 604-657 7888 ext. 3261/3267/2427. Fax: 604-656 3531. Admission is free.

Latest Posts

Who's Online

We have 5 guests online

Statistics

Members : 14
Content : 67
Web Links : 6
Content View Hits : 44178

Sponsors