USM Edu Community

Sunday
May 20th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Main Campus Main Campus Harian Metro, USM anjur Pesta Bola Jaring

Harian Metro, USM anjur Pesta Bola Jaring

E-mail Print PDF

AKHBAR harian Bahasa Malaysia nombor satu, Harian Metro sekali lagi berganding bahu dengan Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Pesta Bola Jaring USM Ke-18, Pulau Pinang pada 23-24 Ogos depan.

Pesta di kampus induk, Minden, Batu Uban dijangka disertai lebih 400 pasukan termasuk dari luar negara.

Menurut Ketua Unit Sukan USM, Mohamad Mohd Hanif, penyertaan dari pasukan luar negara menjadikan pesta itu akan lebih mencabar.

“Setiap tahun kami menerima banyak penyertaan dari luar negara dan ini menjadikan pesta yang memasuki edisi ke-18 bertaraf antarabangsa,” katanya.

Tahun ini, pesta akan dibahagikan kepada sembilan kategori - terbuka lelaki, terbuka wanita, bawah 18 tahun (wanita), bawah 15 tahun (perempuan) bawah 12 tahun (perempuan), USM lelaki, USM wanita, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lelaki dan IPTA wanita.

Bagi kategori terbuka lelaki dan wanita, ianya terbuka kepada semua agensi kerajaan, swasta, kelab sukan, sekolah dan seluruh masyarakat wanita dan lelaki tanpa had umur.

Manakala untuk kategori bawah 12, 15, 18 tahun pula, terbuka kepada semua pelajar mengikut kategori masing-masing. Had umur dikira dari 1 Januari 2008.

“Untuk penyertaan sekolah, gabungan bersama sekolah-sekolah lain dibenarkan,” katanya.

Hadiah wang tunai yang lumayan disediakan kepada pemenang utama hingga kepada pasukan yang layak ke separuh akhir.

Tarikh tutup menghantar borang penyertaan 13 Ogos dan butir kejohanan bolehlah didapati dengan menghubungi unit sukan USM di talian 04-6532134 atau 04-6533271.

 

Sumber : Metro


Last Updated ( Saturday, 09 August 2008 08:57 )  

About USM

Konsep "Universiti Di Dalam Taman" yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan selanjutnya. Konsep ini mengajak kita untuk mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan dunia intelek. Kita perlu semarakkan semangat dan amalan dalam menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayangi dan menghargai alam semula jadi dan ekologi yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus.

Travel tips

USM Museum & Gallery, USM Campus, Penang: 
Exhibits on arts and culture like drama, fine arts and traditional music, anthropology, also ethnography, science and technology, ecology and environment, archaeology and a mini planetarium.
Opens: Monday-Thursday from 9.00am to 4.30pm; Friday from 9.00am to 12.15pm
and 2.45pm to 4.30pm; Saturday from 9.00am to 12.45pm
Tel: 604-657 7888 ext. 3261/3267/2427. Fax: 604-656 3531. Admission is free.

Who's Online

We have 4 guests online

Statistics

Members : 14
Content : 67
Web Links : 6
Content View Hits : 47979

Sponsors