KUALA LUMPUR: Orang ramai terutama golongan muda yang ketandusan ilmu mengenai latar belakang sejarah negara kini berpeluang meningkatkan pengetahuan mereka dengan memiliki senaskhah buku terbitan Jabatan Muzium Negara.
Buku bertajuk Arkeologi dan Sejarah itu dihasilkan lebih 16 pakar sejarah negara termasuk Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Prof Sanib Said, Prof Mokhtar Saidin dan beberapa tokoh akademik lagi yang menerbitkannya dengan kerjasama Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
Ketua Pengarang buku Arkeologi dan Sejarah, Prof Abdullah Zakaria Ghazali, berkata buku itu diterbitkan atas kesedaran pihaknya mengenai ketandusan ilmu sejarah di kalangan rakyat negara terutama golongan muda dan remaja.
“Kami mengenengahkan kedua-dua elemen dalam buku ini iaitu arkeologi dan sejarah kerana kedua-duanya saling melengkapi bagi menarik minat golongan muda.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan Persatuan Muzium Malaysia, Dr Khoo; mantan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara, Prof Madya Datuk Doktor Kamarul Baharin Buyong dan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM, Prof Dr Che Husna Azhari.
Sumber : hmetro.com.my







_