USM Edu Community

Wednesday
Feb 08th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Main Campus Main Campus Malam Kung Fu di USM

Malam Kung Fu di USM

E-mail Print PDF

UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Malam Kung Fu kali ke-32 secara besar-besaran pada 21 Februari ini, bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra, Minden, Pulau Pinang.

Aktiviti anjuran Kelab Kung Fu USM itu bertemakan Kebanggaan Peperangan, bertujuan mengumpul penggiat aktif seni kungfu di samping mencungkil keistimewaan gerakan setiap peserta yang mengambil bahagian.

Ia juga bertujuan memperlihatkan aksi kungfu yang sering digunakan satu ketika dulu oleh pahlawan bagi mempertahankan diri, tanah air dan keluarga di samping memelihara warisan budaya.

Antara kungfu yang akan dipamerkan adalah tai chi quan, wushu, shaolin, persembahan tarian singa, naga dan gendang selain paparan istimewa seni mempertahankan diri dari Jepun, Aikido.
 
Sebahagian hasil jualan tiket daripada penganjuran acara itu akan disalurkan ke Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Terencat Akal Pulau Pinang.

Tiket berharga RM5 boleh didapati dengan menghubungi bahagian publisiti USM, Ng Min Wei di talian 017-4078767 atau Lui Lee Lien (014-2457428) atau Goh Chun Hee (017-5580410).

Sumber: Harian Metro 


 

About USM

Konsep "Universiti Di Dalam Taman" yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan selanjutnya. Konsep ini mengajak kita untuk mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan dunia intelek. Kita perlu semarakkan semangat dan amalan dalam menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayangi dan menghargai alam semula jadi dan ekologi yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus.

Travel tips

USM Museum & Gallery, USM Campus, Penang: 
Exhibits on arts and culture like drama, fine arts and traditional music, anthropology, also ethnography, science and technology, ecology and environment, archaeology and a mini planetarium.
Opens: Monday-Thursday from 9.00am to 4.30pm; Friday from 9.00am to 12.15pm
and 2.45pm to 4.30pm; Saturday from 9.00am to 12.45pm
Tel: 604-657 7888 ext. 3261/3267/2427. Fax: 604-656 3531. Admission is free.

Who's Online

We have 5 guests online

Statistics

Members : 14
Content : 67
Web Links : 6
Content View Hits : 44160

Sponsors