UNIVERSITI Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang menerusi Pusat Penyelidikan Dasar dan Antarabangsa USM serta Kursi Noordin Sopiee menganjurkan Persidangan Antarabangsa 'Agama Dalam Pencarian Keadilan dan Keamanan Global', 24 hingga 26 Julai ini di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.
Persidangan berkenaan sebagai usaha keprihatinan pihak terbabit membantu masyarakat terutama bidang akademik melihat hubungan antara nilai dalam setiap agama dengan permasalahan melanda dunia kini.
Penyandang Kursi Noordin Sopiee USM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Persidangan berkenaan, Profesor Chandra Muzaffar, berkata pelbagai isu dikupas dan dijadikan panduan kepada pembangunan sejagat.
Persidangan berkenaan dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Persidangan turut menganalisis faktor dalaman atau luaran yang mengekang wujudnya keadilan keagamaan dan keamanan, selain mencari penyelesaian terhadap kekangan yang dikenal pasti membabitkan masyarakat global.
Selain itu, perbincangan mencari formula untuk pelan tindakan terbaik bagi mentafsir atau menukarkan visi digariskan di atas kertas ke dunia realiti.
Antara penekanan utama bakal diberi tumpuan ialah usaha menyatupadukan penganut agama pelbagai (multireligious) dalam mencari penyelesaian atau menangani sebarang isu mengenai keamanan dan keadilan sejagat.
Yuran penyertaan sebanyak RM100 meliputi kertas kerja, makan tengah hari di sepanjang persidangan dan majlis makan malam.
Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 04-6534491 (Veronica) atau 04-653 3389 (Pn Aniza), faksimili 04-6584820 atau e-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
,
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
,
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
atau melayari laman web: www.usm.my/cenpris/seminar.
Sumber: hmetro.com.my







_