USM Edu Community

Sunday
Feb 05th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Medical Campus Medical Campus MPOB sasar pertahan juara Sukan KPPK

MPOB sasar pertahan juara Sukan KPPK

E-mail Print PDF

BANGI: MPOB mensasar untuk mempertahankan kejuaraan pesta sukan Dwi-tahunan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) yang akan dilangsungkan di Kota Bahru, Kelantan pada 20-23 Jun 2008 ini.

Sebelum ini, MPOB muncul sebagai johan keseluruhan pada pesta sukan yang diadakan di Kuching, Sarawak yang telah disertai oleh KPPK, Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Koko Malaysia (LKM), Lembaga Lada Malaysia (LLM), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Lembaga Tembakau Negara (LTN).

Ketua Pengarah MPOB, Dato’ Dr Mohd Basri Wahid berkata, pada pesta sukan kali ini, MPOB akan menyertai 16 daripada 18 acara yang dipertandingkan dan mensasar akan menjuarai 10 daripada acaranya untuk kekal mempertahankan kejuaraan secara keseluruhan.

Pesta itu akan berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan yang akan disertai oleh semua agensi di bawah KPPK dan LTN bertindak selaku tuan rumah. Ia dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui.

Dato’ Dr Mohd Basri berkata, 16 acara sukan yang akan disertai MPOB itu ialah bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton, dart, dam aji, futsal wanita, futsal lelaki, golf, karom, lari berganti-ganti, ping pong, snooker, tenis, tenpin bowling, sepak takraw.

Beliau berkata, Kelab Sukan MPOB sedang menguruskan persediaan dan latihan bagi setiap pasukannya. Seramai 140 peserta dan pegawai yang terbabit dengan pesta itu akan mewakili kontigen MPOB kali ini di Kota Bahru. - This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Sumber: bharian.com.my 

 


Last Updated ( Saturday, 09 August 2008 16:35 )  

About USM

Konsep "Universiti Di Dalam Taman" yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan selanjutnya. Konsep ini mengajak kita untuk mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan dunia intelek. Kita perlu semarakkan semangat dan amalan dalam menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayangi dan menghargai alam semula jadi dan ekologi yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus.

Travel tips

USM Museum & Gallery, USM Campus, Penang: 
Exhibits on arts and culture like drama, fine arts and traditional music, anthropology, also ethnography, science and technology, ecology and environment, archaeology and a mini planetarium.
Opens: Monday-Thursday from 9.00am to 4.30pm; Friday from 9.00am to 12.15pm
and 2.45pm to 4.30pm; Saturday from 9.00am to 12.45pm
Tel: 604-657 7888 ext. 3261/3267/2427. Fax: 604-656 3531. Admission is free.

Who's Online

We have 2 guests online

Statistics

Members : 14
Content : 67
Web Links : 6
Content View Hits : 43977

Sponsors