USM Edu Community

Sunday
Aug 01st
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

USM abadi nama

E-mail Print PDF

Kepala Batas: Universiti Sains Malaysia (USM) bercadang mengabadikan nama tokoh pendidikan, Allahyarham Tan Sri Murad Mohamed Noor di taman penyelidikannya yang akan di lancarkan beberapa bulan lagi sebagai mengenang jasa beliau. Naib Canselor USM, Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak berkata taman penyelidikan itu yang terletak tidak jauh dari Hotel Equatorial, Bukit Jambul itu ialah cetusan idea Allahyarham dalam usaha memajukan universiti berkenaan. “Idea itu dikemukakan kepada pihak universiti tidak lama dulu dan taman seluas 12.4 hektar itu kini dalam pelbagai proses perancangan,”katanya disini, semalam.

 

Dzulkifli berkata, beliau amat terkilan kerana hasrat untuk menjemput Allahyarham menghadiri pelancaran taman itu tidak kesampaian sedangkan idea untuk membeli tanah itu diberikannya kepada universiti ketika beliau memegang jawatan Naib Canselor. Allahyarham Murad, 78, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang pada jam 9.15 malam semalam selepas dimasukkan ke wad sejak dua minggu lalu akibat jangkitan paru-paru. Dzulkifli berkata sumbangan Murad kepada universiti itu memang banyak kerana selepas Allahyarham bersara daripada jawatan Ketua Pengarah, beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis USM.

“Walaupun beliau bersara pada tahun 80-an, Allahyarham tidak kering dengan idea untuk menambah baik sistem pendidikan negara dan universiti ini secara khusus, sehingga kami mampu berkembang sebagai antara universiti penyelidikan yang berjaya di negara ini,” katanya. Beliau berkata, USM amat terhutang budi dengan sumbangan Allahyarham dan jasa serta semangat perjuangannya akan sentiasa dikenang dan dijadikan pendorong untuk universiti memacu kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Malah, katanya, teguran berani dan lantang Murad mengenai sistem pendidikan negara walaupun selepas bersara daripada kerajaan adalah kerana beliau sentiasa mahu melihat bidang pendidikan di negara ini berkembang dengan baik.- Bernama.


Last Updated ( Saturday, 09 August 2008 09:10 )  

About USM

Konsep "Universiti Di Dalam Taman" yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan selanjutnya. Konsep ini mengajak kita untuk mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan dunia intelek. Kita perlu semarakkan semangat dan amalan dalam menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayangi dan menghargai alam semula jadi dan ekologi yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus.

Travel tips

USM Museum & Gallery, USM Campus, Penang: 
Exhibits on arts and culture like drama, fine arts and traditional music, anthropology, also ethnography, science and technology, ecology and environment, archaeology and a mini planetarium.
Opens: Monday-Thursday from 9.00am to 4.30pm; Friday from 9.00am to 12.15pm
and 2.45pm to 4.30pm; Saturday from 9.00am to 12.45pm
Tel: 604-657 7888 ext. 3261/3267/2427. Fax: 604-656 3531. Admission is free.

Who's Online

We have 7 guests online

Statistics

Members : 14
Content : 67
Web Links : 6
Content View Hits : 23182

Sponsors