USM Edu Community

Sunday
Aug 01st
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Medical Campus Medical Campus USM jadi peneraju rawatan pembedahan plastik

USM jadi peneraju rawatan pembedahan plastik

E-mail Print PDF
KOTA BHARU, 23 Jun (Hrkh) - Universiti Sains Malaysia (USM) dianggap sebagai peneraju dalam bidang pembedahan plastik di negara ini kerana mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi.

Di samping itu USM juga mencapai kemajuan dalam aspek klinikal dan penyelidikan dalam bidang tersebut.
Sehubungan itu, program syarahan umum sempena pelantikan profesor pakar rekonstruktif, Prof Dr Ahmad Shukari Halim diadakan di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian semalam.

Penolong Pendaftar (Unit Perhubungan Awam) USM, Norheliza Mukram @ Sulaiman berkata, Dr Ahmad Sukari memberi pendedahan mengenai �Rawatan Surgeri Plastik: Antara Persepsi, Realiti dan Cabaran.�

�Penekankan diberi menerusi penyelidikan klinikal memberi manfaat secara langsung kepada perawatan pesakit seperti perforator flap, teknik supermicrosur gery dan flap prefabricarion yang telah diaplikasikan kepada pesakit.

�Flap prefabrication merupakan teknik bina semula dan penggabungan pelbagai tisu autogenous bagi rekonstruktif kecacatan kompleks,� katanya dalam satu kenyataan di sini.

Hasil penggunaan flap prefabrication bidang penyelidikan telah mendapat anjakan penggantian sel-sel, tisu-tisu dan organ untuk kegunaan klinikal.

Menurut Prof Dr Ahmad terdapat tiga komponen utama dalam kejuruteraan tisu tiga dimensi ialah sel, scaffold dan sumber darah.

�USM telah berjaya membangunkan teknik pembiakan sel ini yang digunapakai bagi kes kebakaran tisu atau kelecuran teruk.

�Hanya di USM terdapat kemudahan penyelidikan dan rawatan lecuran berintegrasi di negara ini yang mana telah menawarkan rawatan berteknologi tinggi seperti cell sprayed MEEK micrografing,� katanya.

Syarahan itu juga menyentuh mengenai scaffold atau matrix yang merupakan keperluan asas yang utama bagi pembiakan sel-sel khususnya bagi pertumbuhan jaringan vascular yang menjadi teras kepada pembentukan struktur tiga dimensi.

�Untuk ini, kolaborasi dijalankan bersama SIRIM, AMREC dan Agensi Nuklear Malaysia dalam mengeksplorasi penggunaan hidrogel dan Kitosan sebagai scaffold.

�Sekarang bahan ini adalah dalam proses dipatenkan dan dikomersialkan sebagai produk rawatan luka termaju,� katanya.

Menurutnya, aspek utama bagi vaskularisasi ialah keupayaan pertumbuhan jaringan vascular bagi menjaminkan tisu-tisu terus hidup.

Selain itu pada sesi yang sama, pakar Obstetrik dan Ginekologi, Prof Mohamad Shukri Othman pula menyampaikan syarahan bertajuk: Endometriosis: Suatu Harapan Enigma. - mj (Harakah)

 

About USM

Konsep "Universiti Di Dalam Taman" yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan selanjutnya. Konsep ini mengajak kita untuk mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan dunia intelek. Kita perlu semarakkan semangat dan amalan dalam menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayangi dan menghargai alam semula jadi dan ekologi yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus.

Travel tips

USM Museum & Gallery, USM Campus, Penang: 
Exhibits on arts and culture like drama, fine arts and traditional music, anthropology, also ethnography, science and technology, ecology and environment, archaeology and a mini planetarium.
Opens: Monday-Thursday from 9.00am to 4.30pm; Friday from 9.00am to 12.15pm
and 2.45pm to 4.30pm; Saturday from 9.00am to 12.45pm
Tel: 604-657 7888 ext. 3261/3267/2427. Fax: 604-656 3531. Admission is free.

Who's Online

We have 6 guests online

Statistics

Members : 14
Content : 67
Web Links : 6
Content View Hits : 23189

Sponsors