Kota Bharu – Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya maju setapak lagi dalam rawatan penyakit berkaitan saraf di Malaysia dengan penemuan kaedah penggunaan dua sel stem.Penggunaan sistem embrio dan sum-sum tulang boleh digunakan untuk membantu penyembuhan seperti lumpuh, kecederaan otak atau kecederaan tulang belakang.Penemuan kaedah itu adalah hasil kajian sekumpulan penyelidik selama lebih setahun yang diketuai oleh Prof.Jafri Malin Abdullah.Ketika mengumumkan hasil kajian itu disini semalam, Jafri berkata, kaedah itu mampu membantu penyembuhan penyakit saraf dengan mengantikan sel yang rosak.
”Sebagai permulaan kita menggunakan tikus dengan mengambil sel otak embrio dan sum-sum tulang untuk dikulturkan dan sebelum sel berkenaan berubah menjadi neuron dalam bentuk berlainan,”katanya.Sel stem boleh dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu sel stem embrio,sel stem fetus, sel stem darah tali pusat dan sel stem dewasa yang boleh diambil dari sum-sum tulang, usus, hati, otak, pankreas dan mata, katanya.”Buat masa ini kita masih dalam peringkat kajian dan kemungkinan kaedah ini akan digunakan terhadap manusia dalam tempoh tiga hingga lima tahun lagi.”Kajian berkaitan neurosains adalah yang pertama di Malaysia,”katanya.Katanya, kaedah serupa pernah dijalankan di Rusia apabila tenteranya yang cedera dalam peperangan dirawat dengan memasukkan sum-sum tulang ke dalam badan untuk mempercepatkan proses pemyembuhan.kajian berkenaan dibiayai oleh Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Dana Pendidikan Asas dengan peruntukan RM 250,000. - Bernama







_