USM Edu Community

Wednesday
Feb 08th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Medical Campus Medical Campus USM temui penawar sakit tulang belakang

USM temui penawar sakit tulang belakang

E-mail Print PDF

KOTA BHARU: Universiti Sains Malaysia (USM) kini menemui kaedah rawatan menggunakan sel stem bagi penyakit disebabkan kecederaan tulang belakang dan otak yang sehingga kini sukar dirawat menerusi kaedah konvensional.

Penyelidikan sejak lebih setahun lalu oleh tujuh penyelidik diketuai Ketua Jabatan Neurosains, Prof Dr Jafri Malin Abdullah, membolehkan sumber sel diperoleh dari sum-sum tulang pesakit bagi menggantikan sel rosak.

Projek dibangunkan dengan dana RM215,000 dari Kementerian Pengajian Tinggi itu, dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya pada 2011 sebaik mendapat kelulusan etika bagi penggunaan manusia serta kefahaman prinsip asasnya.

Dr Jafri berkata, Jabatan Neurosains USM adalah yang pertama menjalankan penyelidikan mengenai Neural Sel Stem yang memberi harapan kepada pesakit strok, Parkinson, kecederaan tulang belakang, lumpuh dan Alzheimer.

“Kebanyakan kes kecederaan otak dan tulang belakang tidak dapat dirawat dengan sempurna menggunakan kaedah perubatan konvensional, jadi kita perlu mengubah kaedah rawatan menggantikan kawasan berlubang dalam otak dan tulang belakang dengan sel daripada badan manusia sendiri.

“Misalnya, kita ambil sum-sum tulang pada pesakit, kemudian dikulturkan, diubah suai dan masukkan semula menggantikan sel yang rosak pada tulang belakang dan otak,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Hadir sama, Naib Canselor USM, Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak.

Dr Jafri berkata, penyelidikan juga dilakukan bagi membolehkan sel berkenaan tahan lebih lama apabila dibekukan pada suhu tertentu tanpa mengubah bentuknya yang boleh menyebabkan fungsinya terjejas.

Beliau berkata, ketika ini, penyelidikan dijalankan menggunakan tikus bagi membolehkan pihaknya lebih memahami perkara asas mengenai kaedah rawatan berkenaan sebelum dilakukan terhadap manusia.

 

 

Sumber : ttuyup.wordpress.com 


Last Updated ( Saturday, 09 August 2008 17:34 )  

About USM

Konsep "Universiti Di Dalam Taman" yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan selanjutnya. Konsep ini mengajak kita untuk mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan dunia intelek. Kita perlu semarakkan semangat dan amalan dalam menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayangi dan menghargai alam semula jadi dan ekologi yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus.

Travel tips

USM Museum & Gallery, USM Campus, Penang: 
Exhibits on arts and culture like drama, fine arts and traditional music, anthropology, also ethnography, science and technology, ecology and environment, archaeology and a mini planetarium.
Opens: Monday-Thursday from 9.00am to 4.30pm; Friday from 9.00am to 12.15pm
and 2.45pm to 4.30pm; Saturday from 9.00am to 12.45pm
Tel: 604-657 7888 ext. 3261/3267/2427. Fax: 604-656 3531. Admission is free.

Who's Online

We have 4 guests online

Statistics

Members : 14
Content : 67
Web Links : 6
Content View Hits : 44176

Sponsors