Kosmo : klik untuk baca artikel
Berdasarkan artikel yang diperoleh di laman web kosmo online tersebut. Beberapa mahasiswa USM telah mendirikan sebuah laman web bernama sukses4u.com yang bertujuan untuk memberi pendidikan kepada murid-murid sekolah rendah.
"Menerusi laman web ini, murid sekolah rendah dapat berkongsi maklumat, memuat turun contoh kertas soalan dan saling berkomunikasi dengan mahasiswa USM," kata Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Profesor Madya Dr. Ismail Baba.
Selain itu, salah seorang yang terlibat juga telah menyatakan kehendak mereka untuk terus memberi komitmen di dalam penjagaan laman terbabit walaupun setelah mereka bergelar graduan.
"Murid sekolah rendah boleh menghantar soalan akademik dan kemusykilan kepada kami dalam sesi soal jawab. Sebagai mahasiswa USM, kami akan terus mengakses laman ini sebagai komitmen terhadap tugasan yang diberi walaupun sudah tamat pengajian," kata John Ahiezer Teh Hooi Tsing, mahasiswa tahun satu yang turut menjayakan projek ini.
Walaupun begitu, apa yang mengecewakan ialah laman ini ketika ini tidak boleh diakses dan domain name nya sudah tidak aktif lagi dan dibeli bagi sesiapa yang berminat. Di mana janji mereka sebelum ini? Semoga pihak yang terbabit dapat merangka kembali strategi supaya laman sukses4u.com dapat diteruskan dan diharap projek ini bukanlah semata-mata demi memenuhi syarat keperluan untuk graduasi sahaja.







_