USM Edu Community

Wednesday
Feb 08th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home ipta USM ipta-USM IPTA diarah kaji kurikulum

IPTA diarah kaji kurikulum

E-mail Print PDF

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi sedang menilai beberapa pembaharuan berkaitan sistem pembelajaran dan pengajaran di universiti awam bagi melahirkan graduan berkemahiran tinggi sejajar keperluan pasaran.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (gambar), berkata semua institusi pengajian tinggi awam sudah diarah melakukan kajian mengenai kurikulum masing-masing setiap empat atau lima tahun.

"Kita akan menentukan supaya pembaharuan dilakukan dengan memasukkan elemen yang boleh memenuhi matlamat kita dari segi melahirkan graduan berkemahiran dan terlatih dalam semua perkara.


"Kita juga mendapat input sektor swasta bagi menambah baik sistem pembelajaran dan pengajaran di universiti awam," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Pembelajaran dan Pengajaran anjuran Kolej Tunku Abdul Rahman di sini semalam.

Mengenai Universiti Apex, katanya pemilihan satu daripada sembilan universiti tempatan akan dibentangkan ke Kabinet minggu depan sebelum diumumkan bulan depan.

Katanya, Jemaah Menteri akan diberi penjelasan mengenai asas pemilihan, implikasi dan perubahan kepada universiti terpilih untuk program lonjakan ke arah kecemerlangan itu.

"Universiti terpilih akan mempunyai pelan perancangan komprehensif, hala tuju dan wawasan serta daya kepimpinan tinggi untuk capai matlamat dan membawa budaya baru kepada setiap perubahan," katanya.

Sembilan universiti yang mengemukakan permohonan menyertai program itu termasuk Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Sains Islam.

Universiti Apex ialah pengiktirafan kepada universiti tempatan yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi. - Bernama


Last Updated ( Saturday, 09 August 2008 16:39 )  

About USM

Konsep "Universiti Di Dalam Taman" yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan selanjutnya. Konsep ini mengajak kita untuk mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan dunia intelek. Kita perlu semarakkan semangat dan amalan dalam menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayangi dan menghargai alam semula jadi dan ekologi yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus.

Travel tips

USM Museum & Gallery, USM Campus, Penang: 
Exhibits on arts and culture like drama, fine arts and traditional music, anthropology, also ethnography, science and technology, ecology and environment, archaeology and a mini planetarium.
Opens: Monday-Thursday from 9.00am to 4.30pm; Friday from 9.00am to 12.15pm
and 2.45pm to 4.30pm; Saturday from 9.00am to 12.45pm
Tel: 604-657 7888 ext. 3261/3267/2427. Fax: 604-656 3531. Admission is free.

Latest Posts

Who's Online

We have 5 guests online

Statistics

Members : 14
Content : 67
Web Links : 6
Content View Hits : 44163

Sponsors