USM Edu Community

Sunday
Aug 01st
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home ipta USM ipta-USM Nama IPT Apex dibentang ke Kabinet minggu depan

Nama IPT Apex dibentang ke Kabinet minggu depan

E-mail Print PDF

PUTRAJAYA: Senarai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam yang dipilih mengikuti program Universiti Apex akan dikemukakan kepada Kabinet minggu depan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Sebaik Kabinet dimaklumkan mengenai perkara itu barulah saya boleh beritahu kepada umum,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar antarabangsa “Pembelajaran dan Pengajaran” di sini, hari ini.

Mohamed Khaled bagaimanapun enggan memberikan sebarang bayangan sama ada universiti yang dipilih adalah universiti awam atau swasta.

Beliau berkata sembilan IPT tempatan sudah mengemukakan permohonan menyertai program itu antaranya Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Sains Islam.

Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada IPT tempatan tersohor yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi dan dijanjikan autonomi daripada segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepemimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian.

Mengenai seminar antarabangsa Pembelajaran dan Pengajaran itu, Khaled berkata dalam suasana pengajian di IPT sekarang aspek pembelajaran dan pengajaran amat penting memandangkan pelajar yang memasuki IPT mempunyai latar belakang berbeza.

“Adalah menjadi satu cabaran kepada tenaga pengajar untuk memastikan apa yang diajar menepati kehendak pelajar yang berlainan latar belakang itu,” katanya. - Bernama
Last Updated ( Saturday, 09 August 2008 16:32 )  

About USM

Konsep "Universiti Di Dalam Taman" yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan selanjutnya. Konsep ini mengajak kita untuk mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan dunia intelek. Kita perlu semarakkan semangat dan amalan dalam menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayangi dan menghargai alam semula jadi dan ekologi yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus.

Travel tips

USM Museum & Gallery, USM Campus, Penang: 
Exhibits on arts and culture like drama, fine arts and traditional music, anthropology, also ethnography, science and technology, ecology and environment, archaeology and a mini planetarium.
Opens: Monday-Thursday from 9.00am to 4.30pm; Friday from 9.00am to 12.15pm
and 2.45pm to 4.30pm; Saturday from 9.00am to 12.45pm
Tel: 604-657 7888 ext. 3261/3267/2427. Fax: 604-656 3531. Admission is free.

Latest Posts

Who's Online

We have 7 guests online

Statistics

Members : 14
Content : 67
Web Links : 6
Content View Hits : 23181

Sponsors