USM Edu Community

Sunday
Aug 01st
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home ipta USM ipta-USM Petua kejayaan pelajar cemerlang USM

Petua kejayaan pelajar cemerlang USM

E-mail Print PDF
(dari kiri) Penerima Pingat Emas Majlis Raja-Raja Jamsari Amirul Firdaus Jamaluddin memakaikan motar board kepada Penerima Pingat Emas Canselor, Jasy Liew Suet Yan sambil dibantu oleh Penerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor, Mohd Zuaril Akimi Mohd. Shaari sempena upacara Konvokesyen USM ke-38 di Pulau Pinang, kelmarin.

PULAU PINANG 13 Ogos - Amalan mengulang kaji pelajaran selepas solat subuh membolehkan graduan Universiti Sains Malaysia (USM), Jamsari Amirul Firdaus Jamaluddin muncul pelajar cemerlang universiti tersebut.

Beliau yang akan menerima Pingat Emas Majlis Raja-Raja sempena majlis konvokesyen USM Khamis ini berkata, amalan itu memudahkannya mengingati setiap mata pelajaran yang dipelajari.

''Saya memang konsisten mengenai hal-hal berkaitan pelajaran dan kokurikulum kerana itu memang tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar universiti.

''Selain itu, saya sentiasa berusaha hadir ke kelas setiap kali waktu kuliah. Saya memang tidak tenteram kalau tak pergi kelas kerana takut tertinggal banyak perkara," katanya pada sidang akhbar sempena Konvokesyen Ke-38 USM di sini hari ini.

Jamsari, 23, berkata, berkat doa kedua ibu bapanya turut menyuntik semangat untuknya terus belajar dengan bersungguh-sungguh dan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Bekas pelajar Penang Free School itu bakal menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Biologi Gunaan) dengan Kepujian pada majlis konvokesyen kali ini.

Sementara itu, bapanya, Jamaluddin Saad, 52, menyifatkan kejayaan anak sulungnya daripada dua beradik itu berkat kerajinan dan kejujurannya.

''Kami memang tak pernah kongkong dia dalam pelajaran kerana kami tahu dia memang ikhlas untuk belajar.

''Saya pantau tahap pendidikannya berdasarkan markah peperiksaan sahaja. Kalau tak konsisten dalam pelajaran, masakan dia boleh mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 3.78," jelasnya.

Pada sidang akhbar yang sama, Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak mengumumkan tiga orang lagi pelajar cemerlang universiti itu bakal menerima beberapa anugerah menjelang majlis yang berlangsung 14 hingga 17 Ogos ini.

Katanya, mereka terdiri daripada pemenang Pingat Emas Canselor, Jasy Liew Suet Yan; Pingat Emas Naib Canselor, Mohd. Zuaril Akimi Mohd. Shaari dan Hadiah Buku Harvard, Muhammad Hazman Mustafa Bakray.

''Selain para pelajar, USM juga memilih dua tokoh akademik negara untuk menerima anugerah Profesor Emeritus.

''Mereka ialah Prof. Mohamed Sulaiman dan Prof. Visweswaran Navaratnam,'' tambahnya. - Utusan


 

About USM

Konsep "Universiti Di Dalam Taman" yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan selanjutnya. Konsep ini mengajak kita untuk mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan dunia intelek. Kita perlu semarakkan semangat dan amalan dalam menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayangi dan menghargai alam semula jadi dan ekologi yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus.

Travel tips

USM Museum & Gallery, USM Campus, Penang: 
Exhibits on arts and culture like drama, fine arts and traditional music, anthropology, also ethnography, science and technology, ecology and environment, archaeology and a mini planetarium.
Opens: Monday-Thursday from 9.00am to 4.30pm; Friday from 9.00am to 12.15pm
and 2.45pm to 4.30pm; Saturday from 9.00am to 12.45pm
Tel: 604-657 7888 ext. 3261/3267/2427. Fax: 604-656 3531. Admission is free.

Latest Posts

Who's Online

We have 9 guests online

Statistics

Members : 14
Content : 67
Web Links : 6
Content View Hits : 23175

Sponsors