BARISAN Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Ma laysia (MPPUSM) pertama kali menerapkan mekanisme pembangunan lestari, alam sekitar dan kelestarian sosial kepada mahasiswa baru yang mendaftar baru-baru ini.
Ketiga-tiga mekanisme terbabit bersesuaian dengan hasrat USM membantu mahasiswa menjalani kehidupan baru di kampus selain merancang perbelanjaan berhemah sewaktu pengajian.
Ia juga sebagai langkah awal MPPUSM membantu ma hasiswa tidak terkena kejutan budaya terutama mengatur perbelanjaan dalam situasi kenaikan harga barang.
Yang Dipertua MPPUSM, Muhammad Syukri Ibrahim, berkata penerapan mekanisme berkenaan diharap membantu mahasiswa menyesuaikan diri dalam pelbagai aspek terutama ekonomi.
Menurutnya, dalam usaha semua pihak mengatur per belanjaan berhemah, MPPUSM turut mengambil inisiatif membantu mahasiswa merencanakan pinjaman yang bakal diperoleh bagi tujuan berfaedah.
“Kebanyakan mahasiswa akan gelap mata bila memperoleh pinjaman, MPPUSM tidak mahu ia berlaku. Pengenalan mekanisme ini adalah satu langkah diperkenalkan bagi tujuan itu
“Selain itu, MPPUSM berharap mereka patuh pada per aturan ditetapkan, beri fokus pada tujuan utama belajar. Sekiranya ada masalah, jangan segan silu berjumpa ahli exco MPPUSM.
“Kami mengalu-alukan apa jua pandangan dan pertolongan. Yang penting, mereka gunakan saluran betul bagi mengatasi masalah,” katanya.
Muhammad Syukri juga berkata, usaha USM melarang penggunaan plastik polisterina kini semakin diterima apabila beberapa institusi mengikut langkah terbabit.
Menurutnya, kempen yang diperkenalkan sejak awal tahun ini adalah sebagai sokongan kepada alam sekitar selain tujuan kesihatan.
“Mahasiswa baru sudah diberi penerangan mengenai kem pen ini dan diberi bekas plastik percuma bagi menggantikan penggunaan polisterina. Mereka dikehendaki mengguna kannya dalam kampus.
“Sejak diperkenalkan, USM kini bebas daripada pencemaran malah membanggakan, langkah ini turut diikuti beberapa institusi lain.
“Sebagai sebuah universiti penyelidikan, tanggungjawab mendidik masyarakat besar, bukan saja kepada warga USM, tetapi global. Inilah antara usaha cuba dilaksanakan,” ka tanya.
Sumber: harian metro







_